e155 Rindu Rasulullah
Hari ni maulid Rasul.
Rindu Rasulullah. Tentang peribadi baginda, sunnah baginda, jihad baginda.
Rindu Rasulullah. Tak terkata. Apalah hadiah dariku untukmu Ya Rasulullah.
Hanya selawat kepada Rasul junjungan tercinta. Apa lagi yang mampu kuberikan.
Malu rasanya menjadi umatmu. Sunnah Rasulullah pun tak termampu aku lakukan. Tetapi dunia ini pun namanya satu perjalanan. Aku akan cuba, Ya Rasulullah. Perjalanan hidup aku sebagai seorang muslim yang sentiasa cuba untuk mengamalkan sunnahmu, menjadi seorang muslim yang baik, seorang da'i dalam bidangku. Syafaatmu sentiasa kuharapkan. Semoga dapat bertemu di akhirat kelak.
Masih teringat semasa kembara umrah ke mekah dan madinah 10 tahun yg lalu. Selepas bermunajat di Raudhah, saya melawat makam Rasulullah. Sebak rasa hati. Menusup perasaan halus dan menjalar ke seluruh badan. Allahu Akbar. Pasti akan menitiskan airmata kerana mungkin fikirkan tentang layakkah diri ini, seorang insan kerdil, bertemu dengan Rasulullah nanti.
Comments
Post a Comment