e153 Rindu satu 'tribe' kawan-kawan
Satu hari semasa saya ingin mengemas barang-barang untuk dibawa keluar, saya duduk membatu diri.
Saya baru sedar, saya tidak ada kawan-kawan yang memahami di kala ini. Kawan baik saya pun sedang menyambung pelajarannya di tempat lain. Kawan-kawan saya ramai di alam maya kerana bertebaran di serata tempat.
Dalam banyak-banyak 'tribe' kawan-kawan, ada satu 'tribe' yang saya sangat senangi. Mereka tidak pernah kenal pun diri saya apatah lagi mengetahui asal usul saya. Walaupun seperti baldi yang kosong setiap kali bersama mereka, saya tak merasakan diperlekehkan. Saya ingin bersama-sama di kalangan mereka kerana terlalu ingin belajar dari mereka. dari gaya bercakap, menulis, berdialog, semuanya terasa ...HARMONI. Kelakar kan. Ye, harmoni. Perkataan yang sesuai yang terlintas di fikiran saya ketika ini. Ianya bagaikan lagu dan irama. . Saya tak tahu nak gelarkan mereka apa. Nak kata kawan, mereka even tak tahu nama saya. Mungkin kenalan. Yup, hanya kenal.
Oh! saya sangat rindukan mereka.
Comments
Post a Comment