e152 I'm moving again and again?


Dalam masa setahun ini, dah masuk tiga kali saya berpindah randah. Daripada mulanya cuti belajar , duduk di makmal FP, selepas itu di makmal projek dan kini di makmal CIM. Cuma berpindahnya saya kali ini lebih tragis. Ada yang tak suka saya duduk di makmal projek kerana tak sah taraf sebagai staf. Yang cuti belajar tidak boleh menetap di mana-mana bilik mahupun makmal. (Even menumpang duduk di bilik technician)Sudahnya, saya memohon belas ihsan menjadikan satu ceruk di sudut makmal CIM agar dapat saya meletakkan laptop dan sedikit buku-buku rujukan. Itupun, tak tahulah bertahan berapa lama sebelum dihalau lagi (mungkin sebab overdecorate sudut meja saya)

Ya Allah, kasihanilah hambaMu ini. Berikanlah sedikit ruang untuk aku duduk dan dapat membuat kerja-kerja penyelidikanku. Limpahkan lah ihsan dan kasih sayangMu pada hambaMu ini. Sungguh benar, aku tidak layak mendapat sedikit keselesaan lantaran dosa-dosaku yang menggunung tinggi. Namun, aku dengan hinanya memohon belas ihsanMu untuk melembutkan hati pengurusan agar membiarkan aku duduk di situ hingga habis belajar. Cuma satu yang aku risaukan, bagaimana dengan Amirah semasa cuti sekolah nanti. Ke mana lah harus aku membawa diri. Aku lebih rasa bahagia bersama dengannya daripada bersama dengan rakan-rakanku yang lebih bijak memandangkan aku bukan seorang yang bijak. Biarlah aku bersusah payah menjaga anak-anak kerana mereka dah banyak berkorban untuk aku sebagai ibu. Mereka berkorban tentang masa, perhatian dan bual mesra. Kerana seorang ibu itu tugas hakikinya memberikan perhatian kepada mereka bukan mencari nafkah keluarga. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku. Berikanlah kami sentiasa ruang untuk bersama-sama dan keberkatan masa. Permudahkanlah suamiku sebagai ayah mereka menjalankan urusan kerja dan belajarnya dan mencari nafkah bagi kami semua. Tiada kekuatan melainkan kekuasaanMu. Amin.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts