e151 e-novel?
Nampaknya saya perlu cekalkan hati sekali lagi dan berkali-kali.
Kali ini malas nak sketch dan merajinkan diri untuk menulis.
Saya nekad walaupun sudah setahun lebih sikit mengharungi dunia penuh cabaran ini, saya ingin coretkan kenangan manis/pahit supaya at the end saya ingin bukukannya...hahhaha (saya dah lama tak merepek macam ni).
Walaupun sepatutnya saya amnesiakan sahaja kenangan demi kenangan, tetapi saya punya habit untuk tidak melupakannya.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya ingin melancarkan e-novel saya yang berkisar tentang kecekalan hati seorang wanita yang menyambung pelajaran demi perjalanan kerjayanya, mempunyai minat dan impian yang sangat berlainan dari dunia kerjayanya, memiliki anak-anak yang bijak dan super sensitif kepada persekitaran yang tidak sihat, seorang isteri kepada seorang lelaki yang mempunyai kerjaya yang tetap dan mencabar. Dia, wanita itu, menempuhnya dengan penuh susah payah dan penuh pengharapan kerana baginya keluarga adalah yang utama untuk didahulukan lebih daripada kerjayanya. Ketawanya, airmatanya, konflik hatinya, semuanya akan dikongsikan agar mereka yang berjiwa sepertinya akan mampu mengharungi dunia ini dengan lebih sempurna.
Apa nak bagi tajuk ye? Hahaha..
hahaha... menarekk!!!
ReplyDeleteakan difikirkan/
yippie!!
ReplyDelete