Realisme magis

Realisme magis adalah percampuran di antara realiti harian dengan imaginasi luar biasa yang diperoleh daripada budaya setempat.

Berdasarkan artikel dari Kosmo yang bertajuk Realisme Magis Marquez, nama sebenar Marquez iaitu Gabriel Garcia Marquez adalah seorang novelis, cerpenis dan wartawan Columbia dan tokoh kebangkitan sastera Amerika Latin. Karya terbaik beliau yang telah diterjemahkan kepada One Hundred Years of Solitude (1971) adalah pengenalan kepada realisme magis. (Saya pun tidak membaca lagi buku ini. Akan baca..Dengan Izin Tuhan)

Seperti yang diterangkan oleh saudara Saharil Hasrin Sanin dalam buku 'Bagaimana Saya Menulis :Proses Penciptaan Cerpen' , subtopik Penulis adalah penipu :Proses penciptaan cerpen 'Air Mata Orang Kaya' bahawasanya seorang penulis itu bagai penglipurlara, menceritakan sesuatu yang direka-reka tetapi nampak benar belaka. Jika pembaca yang sedar tentang pembohongan karya seorang penulis yang terlalu hebat akan melabelnya sebagai realisme magis. Beliau juga ada menyatakan bahawa Einstein ada menyebut , realiti itu cuma satu ilusi. Biarlah ianya bermula dengan rekaan, manakan tahu lambat laun akan menjadi realiti.

Saya rasa bertepatan definasi realisme magis ini dalam kehidupan. Manusia pun suka dan berkehendak kepada apa yang tiada. Secara tidak sedar, ianya menjadi driving force kepada diri sendiri untuk hidup. Dunia ni pun fana. Tak kekal. Lambat laun akan musnah juga. Mendepositkan definasi realisme magis dalam usaha mengumpul bekalan ke negeri abadi juga nampaknya satu perkara yang tidak mustahil bukan. Manakan tahu ianya akan menjadi realiti. (Bahkan sangat benar kerana Hari akhirat itu kan pasti!!)





Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts