Impian yang sirna

Sempena minggu meraikan ulangtahun teman baik saya.

Selepas bergraduasi (sebenarnya sebelum lagi) saya sudah mempunyai list yang panjang tentang impian. Impian adalah angan-angan,khayalan,dan cita-cita yang bukan-bukan..hahaha. Tapi impian itu satu-satu menghilang kerana takdirnya saya menamatkan zaman single saya lebih awal.

Saya impikan untuk menjejakkan kaki ke bumi England sebelum berkahwin.
Saya impikan untuk mengembara ke merata tempat untuk mencedok sedikit pengalaman sebelum berkahwin.
Saya impikan untuk meluangkan masa yang banyak dengan keluarga saya sebelum berkahwin.
Saya impikan untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya sebelum berkahwin.

Dan yang lebih worse lagi, saya pernah membayangkan saya memegang tiket penerbangan ke UK untuk menyambung pelajaran sewaktu orang datang meminang saya..hahaha..

Tapi, satu persatu impian itu menghilang. Saat diijabkabulkan, saya jadi takut kerana semua impian itu nampak semakin kabur. Siapalah saya selepas ini agaknya, bisik hati kecil saya.

Saya tak pernah merasa kesal waima saya walimah di usia muda. Kerana semua impian saya itu Allah telah gantikan dengan yang lebih baik. Yang tidak pernah saya terfikirkan pun.

Terima kasih kerana masih memegang erat tangan saya sewaktu saya melihat perginya satu persatu impian-impian saya.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Tuhan kerana menggantikan satu persatu impian saya dengan yang lebih baik dan hebat.

P/s. Saya dapat mengembara juga dan ternyata mengembara dengan si dia lebih hebat dan teruja. :)

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts