Kita semua bermula dari tiada apa-apa

Satu kata, Dua kata-kata, tiada makna.... Nothing, Tiada apa-apa = zero.

Tak bermakna kita tidak boleh memulakannya. Baguslah jika kita bermula dengan tiada. Tiada yang perlu dirisaukan kerana kita bukannya dapat sesuatu dari atas tangan, bukan dari penukaran hak pemilikan, bukan juga atas dasar kasihan. Tetapi, sering sahaja perasaan rendah diri menerjah ke kamar hati apabila kita bermula dari tiada. Ya. Tiada. Zero. tetapi boleh jadi Hero. Zero to Hero. Bila nak bermula ya? Tak terlambat kah? Semua orang dah berjaya sebab dah lama memulakan. Dah lama ada kesedaran.

So, what? Change our mindset. Definitely right now!!

Orang lain ada kesukaran mereka sendiri. Dan mereka juga bermula dari tiada. Sama sahaja dengan diri kita. (Kan kita semua tercipta dari percantuman benih-benih juara. Ada di antara kita yang dicipta dari cahaya ke?)

Jadi, tak salah kan jika kita bermula dari sekarang. Merangkak, bertatih, berjalan se-dua tapak dan akhirnya berlari.. (kena lah ikut kronologi, takkan terus berjaya). Kena juga lalui fasa belajar, kena marah dan kena marah..hahaha..

Kepada yang sudah berjaya pula, ingat-ingatlah orang yang masih merangkak-rangkak di belakang kita ni. Mereka perlukan sokongan dan dorongan dan sesekali sentuhan. Bukannya ejekan dan cemuhan. Tak ke mana pun kita dengan semua kejayaan yang kita miliki sekarang. Jika tidak difikirkan mahu diperturunkan kepada siapa, kita siapkanlah satu kubur di sebelah kubur kita yang bertanda ' Semua resepi kejayaan saya ada tertanam di sini' ...

Sekian.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts