Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
Sebenarnya meminjam kata-kata Pn Fatimah Syarha yang terkenal dengan novel Islamik dan yang terbaru adalah novel Sebarkan Cintamu.
Bulan ini adalah bulan ulangtahun kelahiran teman baik saya yang juga teman hati saya.
Saya pun bukannya seorang gadis yang alim . Hanya biasa-biasa sahaja.
Setiap kali ulangtahun kelahirannya, saya pasti akan terkenangkan sejarah perkenalan kami dan bagaimana ianya bermula. Hingga saat ini , saya amat-amat bersyukur atas kurniaan-Nya. Kerana hadirnya ketika itu di saat hati sudah bagai tidak boleh dimiliki lagi. Bertampal-tampal dengan gam dan celotape! Saat diri sudah tidak percaya cinta selain cinta Allah dan Rasul. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Terima aksih juga kerana memberikan tali yang sangat panjang untuk saya menggapai awan yang tinggi. Terima kasih juga kerana dia akan muncul di sebalik kabus untuk menarik saya kembali ke pangkal jalan setiap kali saya tersesat jalan. Semoga kejayaan sering mengiringi dirinya dan sentiasa diberi kekuatan untuk membawa kami ke syurga-Nya. Amin. Sanah helwah!!
Comments
Post a Comment