Cukup-cukuplah dengan HATI
Sekali lagi saya bermain dengan kata-kata klise.
Apabila dihidangkan dengan perkara tentang HATI, selalunya apa yang bermain di fikiran adalah HATI terlalu suci. Ianya juga rapuh, mudah terluka dan berair mata. (Mungkin juga saraf dari hati bersambung dengan antara saraf-saraf di otak dan seterusnya bersambung pula dengan kalenjar air mata).
Saya juga selalu membayangkan bahawa HATI itu adalah organ hati. Di antara fungsi hati adalah menyaring darah, membuat empedu, membentuk protein-protein penting, membina albumin dan bla..bla..bla...Secara keseluruhan fungsi penting HATI yang dapat dilihat adalah berperanan untuk menyaring darah. Mungkin disebabkan ini, apabila selalu sahaja menyaring darah yang tak sihat akan terdapat kekotoran di 'filter' darah semulajadi ini. Kekotoran ini semakin lama semakin menggunung sehinggakan melitupi HATI itu dan menjadikan HATI itu hitam. Tahu atau tidak bahawa jika kita selalu marah, perasaan takabur, riak, dendam dan segala bentuk mazmumah akan menyebabkan penghasilan 'bad blood'. Dan ianya akan berkitaran di dalam tubuh badan kita selama mana kita tidak cuba untuk mengubahkan ia kepada 'good blood'. (Tiba-tiba saya teringat bekas simpan minyak menggoreng di ceruk dapur saya. Sejak akhir-akhir ini filternya sering sahaja meninggalkan timbunan keladak gorengan. Oh! Begitukah keladaknya HATI jika tidak dibersihkan).
Erm..nampaknya saya perlu menelaah kembali 'Bagaimana untuk membersihkan hati yang kotor' kerana saya dan anda semua pun tidak tahu tahap timbunan keladak di hati kita kan. Saya juga bukan ustazah segera untuk menyenaraikan semua hadis dan tafsir al-quran beserta uslub dan asbabun nuzulnya yang berkaitan dengan HATI.
Saya pun bukannya ada cermin ajaib untuk saya seru Oh! Mirror, mirror on the wall, beritahu saya warna hati saya hari ini? Dan saya akan dapat tidur lena apabila sudah mengetahui HATI saya berwarna putih atau mungkin kekuningan sedikit kerana putih itu terlalu ideal. Lagipun saya bukan malaikat!!
(Tapi kadangkala saya membayangkan HATI itu adalah jantung kerana kadang-kadang saya dengar HATI saya berdegup dup dap dup dap...Aduh! Saya perlu banyak membaca!!)
Comments
Post a Comment