Naga dan dunia pari-pari: Hari 4

Hari 4

Pagi-pagi selepas sarapan pagi, kami bergegas ke stesen mrt shenzhen ke stesen hung hom , hongkong. Ramai orang Shenzhen yang mahu juga ke Hongkong pada hari Sabtu. Ada yang membawa kanak-kanak atau membawa troli kosong. Kebanyakan ornag Shenzhen membeli barang-barang baby khasnya susu dan diapers di Hongkong. Ini kerana mereka masih meragui tahap kualiti barangan tersebut. Pada yang membawa kanak-kanak, saya agak mereka mesti mahu ke Disneyland.

Sampai di Stesen Hung Hom, Hongkong kami disambut oleh tourist guide di sana. Kami akan pergi sebentar ke hotel untuk meletakkan beg dan terus ke Disneyland. Sampai di Dsneyland orang ramai sudah membanjiri dataran Disneyland. Saya tak pasti kenapa travel agency menjadualkan kami ke Disneyland pada hari Sabtu. Sesak sangat dan berumpu-rumpu. Aduhai!! Kenapalah bijak sangat travel agency ni schedulekan kami ke Disneyland hari Sabtu. Orang tempatan kan cuti dan mereka yang memenuhi Disneyland. Kan bagus kalau kita yang dari jauh beribu-ribu kilometer ni dijadualkan ke sini pada hari bekerja, tidaklah sepenuh ini. *sigh*.

Flying elephant

Toy story character





Nak main, beratur punyalah panjang, mak ai. itu belum lagi yang memiliki tiket VIP, ada line lain. Setiap kali beratur nak main , paling lama kami beratur adalah 45 minit untuk hanya bermain tak sampai 15 minit!! aduhai.. Jadi kami hanya pilih permainan yang kami rasa ada significant interest. Tak dapat nak main kesemuanya. Di dalam Disneyland terdapat 5 kawasan iaitu Adventureland, Toy story land, fantasy land, tomorrowland dan main street. Secara keseluruhan memang berpuas hati (walaupun tak dapat nak main semua permainan). Kami solat pun di adventureland sebab banyak rimbunan pokok.:)


persembahan bunga api berlatarbelakangkan snow white castle

Apabila menjelang malam, acara kemuncak adalah persembahan bunga api. Wah, memang happening. Sangat best persembahannya. Boleh bagi 5 bintang. Anak-anak pun happy. My litte daughter happy sangat bila dapat jumpa cinderella . (walaupun saya tahu hanya lakonan semata si cinderella tu). My son also happy tengok bunga api. Selesai persembahan bunga api, kami bergerak keluar bersama-sama semua orang. Sangat sesak.

Misi mecari makan malam pun tiba.
Kami putuskan untuk ambil teksi dan pergi ke restoran the new sangeet yang terletak di Tsim Sha Tsui. Mujur buka lagi. Tapi kali ini tidak ada buffet. Perlu pesan ala carte. Kami pun pesan nasi beriani, roti paratha dan kari ayam. Ah, lega dan kami tapau untuk mak ayah di hotel yang sudah keletihan. Kami yang juga keletihan ini perlu mengemas beg malam itu juga kerana esok sudah mahu berangkat pulang.

Esok, misi mencari sarapan pagi pula. So, tidur dulu..

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts