Naga dan dunia pari-pari : Hari 1

Waktu : Februari 2012

Hari 1

Alhamdulillah kali ni berpeluang melawat ke negara yang diberi nama Hong Kong. Objektif sebenar hanyalah untuk membawa budak-budak ke Hong Kong Disneyland. Setelah lebih kurang 3 jam 45 minit berlepas dari Kuala Lumpur, kami tiba waktu tengahari di sana. Cabaran seterusnya adalah check in hotel dan makan tengahari. Emm..mana nak pergi makan ni. Disebabkan pakej lawatan yang diberi oleh satu travel agency ini tidak memasukkan aktiviti makan sepanjang berada di Hong Kong, kami kenalah 'explore' sendiri tempat makan yang halal. Mujur orang yang mengambil kami di airport itu menawarkan satu 'night tour' pada petang hari yang sama. jadi kami ambil tour tersebut. Night tour termasuklah Ladies market-Avenue of stars-Happy valley-dinner-victoria peak-madame tussaud dengan harga yang berpatutan.

Selepas ke Ladies Market, kami bergerak ke satu tempat dikenali dengan avenue of stars. Terdapat banyak petak-petak yang dsamada ditandatangani atau tapak tangan bintang-bintang Hong Kong di jalanan. Berjalan di tepian bandar Hong Kong sambil menikmati pemandangan Pulau Hong Kong di seberang memang menarik. Selesai berjalan-jalan di situ kami bergerak pula ke Pulau Hong Kong. Menyusuri Jalan Tsim Sha Tsui, banyak butik-butik mewah seperti Louis Vuitton, Prada, Gucci dan lain-lain.

Kebetulan hari itu terdapat perlawanan lumba kuda, jadi ramai orang berpusu-pusu dari Kowloon ke Pulau Hong Kong. Sama jalan dengan kami yang ingin ke victoria peak dan madame tussaud yang terletak di Pulau Hong Kong. Rata-rata rakyat Hong Kong menggunakan pengangkutan awam iaitu bas dua tingkat dan MRT. Sesekali berselisih juga dengan porsche..wow. (kaya nya orang negara ni) . Mengikut kata tourist guide, orang yang benar-benar kaya sahaja yang mampu beli kereta kerana bukan harga kereta yang mahal tetapi parking dan harga petrol yang sangat mahal.

Tiba di pulau Hong Kong, kami dibawa ke victoria peak. Ianya berada di puncak bukit. Jalan untuk menaikinya berbelok-belok. Sepanjang perjalanan, saya dapat lihat dengan jelas pemandangan dari atas bukit yang mengagumkan. Bangunan apartmen yang dibina agak tersusun dengan rapi dan kemas. Memang sangat banyak!. Tapi ianya mencipta satu pemandangan yang indah. Tanpa sedar, perjalanan yang memakan masa dalam 10-15 minit ke puncak victoria telah sampai. Pada waktu itu, cuaca tersangatlah sejuk.

Di atas victoria peak, terdapat shopping mall yang kecil dan peak tram. Tetapi disebabkan masa yang terhad dan orang yang beratur untuk menaiki tram tersangatlah panjang, kami hanya pergi ke madame tussaud yang berada di dalam shopping mall. Di hadapan kaunter masuk, kami disambut dengan patung lilin Michele Yeoh. Seterusnya Jackie Chan dan Bae Yong Joon (hero winter sonata). Ada juga pelakon twiligt saga , Robert Pattinson. Selain itu tokoh-tokoh negara juga boleh didapati di sini seperti presiden US, Mahatma Ghandi, Albert Einstein, Shakespeare dan ramai lagi.

Untuk memudahkan penceritaan seterusnya, saya letak sekali peta Hong Kong untuk dilihat tempat-tempat yang saya lawati.

Peta Hong Kong (sumber: Google Image)

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts