Naga dan dunia pari-pari: Hari 3

Hari 3

Tiba hari ketiga namun hari kedua di Shenzhen. Aktiviti lawatan pada sebelah pagi meliputi tempat-tempat wajib pelancongan negara China. Kami dibawa melawat ke Pusat Herba, Silk factory dan Jade factory. Tiada apa yang menarik sehingga waktu makan tengahari. Di Shenzhen (tak ingat apa nama jalan) terdapat deretan kedai muslim dan hotel muslim. Kami makan di situ sarapan, tengahari dan malam. Solat juga di restoran muslim itu.

Eiffel Tower



DI hadapan Eiffel Tower

Windows of world
Selepas sahaja makan tengahari dan solat, kami bergerak ke Windows of World. Cuaca pun agak nyaman ketika ini. Pelbagai replika bangunan di seluruh dunia termasuk 7 ajaib di dunia terdapat di sini. Disebabkan kami tidak mampu untuk bejalan kaki dan kami hanya menaiki tren yang akan berhenti di beberapa lokasi. Hentian kami yang terakhir adalah Eiffel tower, Paris. Walaupun ianya hanyalah replika semata-mata, namun bangunan ini boleh dinaiki di bahagian atas. Jadi, saya sekeluarga dan adik naik ke atas melalui lif yang disediakan. Sampai di puncak, saya dapat melihat seluruh kawasan sekitarnya. Ada disediakan teropong untuk meninjau kawsan dari atas eiffel tower. Walaupun hanya replika, tapi saya rasa mat gembira. Jika replikanya pun sudah indah, apatah lagi yang betul yang memang berada di Paris.

Bergambar dan begambar sahaja di sekitar kawasan di windows of world.!

Selepas itu, kami ke Dongmen street. Tempat ini terkenal dengan jualan seperti kedai pasar payang di kuala terengganu tapi lebih besar dan luas. Orang sangat ramai di sini.Pelbagai barangan yang murah dijual di sini.

Apabila malam, kami pergi makan ke Muslim restoran dan beli sedikit makanan halal seperti roti dan tuna untuk dimakan pada pagi esoknya. Bila berada di negara bukan Islam, baru terasa susah nak makan yang halal walapun sekeping roti. Kerana kebanyakan roti ada emulsifier yang tidak halal.

Malam itu, kami pulun beli buah-buahan di kedai berhampiran hotel. Pisang kat sini amatlah sedap. Sama juga dengan strawberi dan anggur. Kami juga singgah beli sate kambing yang dijual oleh orang Islam dari jajahan Rusia. Dia tidak fasih berbahasa Inggeris , jadi kami cakap bahasa arab. mujur dia faham bahasa arab.

Sleep well because tomorrow we will go to Disneyland. Hooray!!!





Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts