Naga dan Dunia pari-pari : Hari 2
Hari 2
Kami makan tengahari di satu restoran halal yang bernama The new sangeet restoran. Amat berselera kami makan di situ. Menu buffet adalah nasi kandar, roti paratha dan pelbagai jenis lauk. Ramai juga yang singgah makan di situ. Restoran ini terletak di tengah-tengah kesibukan Tsim Sha Tsui.
Seusai makan tengahari , kami bergegas ke stesen MRT (keretapi monorail seperti lrt). Kami perlu bergerak ke Shenzhen. Mengikut kepercayaan mereka , sesiapa yang datang ke Hong Kong perlu melengkapkan satu bulatan Kowloon-Pulau Hong Kong - Shenzhen. Sesampai sahaja di Shenzhen imigresen, orang dari Hongkong juga ramai. Selepas imigresen, alhamdulillah ada tourist guide yang sudah menunggu kami. Hari pun sudah semakin gelap. Selepas check in, kami terus berehat di hotel. Di Shenzhen, kami menginap di hotel Greentree hotel berdekatan dengan Dongmen street.
Golden Bauhinia Square |
Pagi-pagi lagi kami dibawa ke satu dataran luas di pinggir laut di bandar Hong Kong. Di situ terletak satu tugu yang berbentuk bunga Bouhenia. Tugu ini diperbuat dari emas. Cuaca pagi pada waktu itu sangat sejuk. Selepas itu, kami dibawa ke Islamic Centre Kitchen di Wan Chai untuk menikmati Dim Sum halal. Rasa lega bila dapat makan yang sempurna dan sangat sedap. Bangunan 5 tingkat itu menempatkan tempat solat bagi lelaki dan perempuan, dewan makan, pejabat dan dewan seminar.
Selesai makan, kami dibawa melawat ke tempatwajib (oleh tourism Hong Kong) ke Jewelery. Kami juga dibawa ke Repulse Bay, pantai peranginan. Boleh dilihat , rumah-rumah persendiran melata di kaki-kaki bukit termasuklah rumah Jackie Chan. Menariknya, terdapat apartmen yang mempunyai satu lubang di tengahnya. Dikatakan bukit di belakang apartmen itu tinggal seekor naga. Oleh itu, perlu dibuat lubang supaya naga itu boleh keluar ke laut dan balik semula ke tempat tidurnya. Di Repulse Bay ini juga terdapat satu kawasan yang dipenuhi dengan patung kepercayaan kaum Cina. Kami sekeluarga hanya duduk di bangku di tepian pantai melihat-lihat keindahan ciptaan Allah. Saya telah ceritakan perihal kawasan ini dalam entri yang lalu. klik di sini. Diceritakan juga asal usul nama Hong Kong. Ianya berasal dari kata Hiong Kong yang bermaksud harum. Pada zaman dahulu, daerah itu merupakan pelabuhan penting. Banyak kapal yang lalu dan singgah. Setiap orang yang belayar keluar dari daerah itu sentiasa mencium bau yang harum. Dari situ, orang memberi nama Hiong Kong atau Hong Kong.
Floating Restaurant |
Kami juga turut dibawa ke satu perkampungan lama yang dikenali floating village atau perkampungan terapung. Diceritakan asal usul, perkampungan terapung itu terdiri dari kaum nelayan. Manakala kaum petani dan pedagang tinggal di daratan. Mereka menjadikan bot mereka sebagai tempat tinggal. Mereka menternak ayam di atas bot juga. Mereka ini juga dikenali sebagai egg people. Ini kerana semasa kerajaan mengutip cukai, rakyat perkampungan ini tidak banyak wang. Jadi, mereka memberikan beberapa bakul yang dipenuhi dengan telur sebagai gantian dan kerajaan menerimanya. Dari situ kerajaan menjaga kebajikan mereka yang tinggal di situ. Satu masa, terdapat kejadian kebakaran yang mengorbankan ribuan orang terbunuh. Disebabkan itu, yang tinggal sekarang hanya beberapa bot sahaja. Tidak sebanyak yang dulu. Ada juga penduduk kampung itu berpindah ke daratan. Mereka ini berjalan terhuyung hayang seperti orang mabuk tetapi sebenarnya mereka sudah terbiasa dengan olengan dari atas bot. Di sini juga terdapat floating restoran. Restoran ini sering dijadikan tempat penggambaran filem-filem antarabangsa yang antaranya filem Tomb Rider yang dilakonkan oleh Angelina Jolie. Kami menaiki bot dan dibawa ke sekitar perkampungan ini. Saya terkejut ada penggunaan bahasa melayu di sini. Lawatan ke perkampungan terapung itu dibawa dengan nama 'Sampan Ride'. Menarik bukan.
Seusai makan tengahari , kami bergegas ke stesen MRT (keretapi monorail seperti lrt). Kami perlu bergerak ke Shenzhen. Mengikut kepercayaan mereka , sesiapa yang datang ke Hong Kong perlu melengkapkan satu bulatan Kowloon-Pulau Hong Kong - Shenzhen. Sesampai sahaja di Shenzhen imigresen, orang dari Hongkong juga ramai. Selepas imigresen, alhamdulillah ada tourist guide yang sudah menunggu kami. Hari pun sudah semakin gelap. Selepas check in, kami terus berehat di hotel. Di Shenzhen, kami menginap di hotel Greentree hotel berdekatan dengan Dongmen street.
Comments
Post a Comment