Dialog Hari Jumaat : Kenapa perlu benci..

Benci tanda kita tak suka, marah, tak puas hati, tak redha, dan segala macam tak...
Dan segala perkara 'tak' di atas berpunca dari perasaan iri hati, rasa rendah diri, dan bla..bla..bla..

SO,
Apa kata setiap hari bila bangun tidur, kita arahkan otak dan hati kita untuk tukar segala perkara yang bermula 'tak' kepada '     ' dan '     '  kepada tak. Contohnya  Tak suka =    suka dan marah = tak marah.

HOW?
Sebab yang membuatkan kita rasa semua tu hanya pada manusia je. Ada tak kita tak suka binatang, pokok dan segala kejadian selain manusia. Kenapa manusia sahaja? Sebab syaitan dan iblis hasut manusia je. Ada tak dia hasut kejadian selain manusia? Jawapannya, TIADA...

Setiap orang dikategorikan samada berjaya kerana 'luck' atau 'kerja kuat'. Beruntunglah yang kerana 'luck' sebab tak perlu kerja kuat sangat dapat segala macam. Tapi pada yang kena 'kerja kuat' selalu sahaja gagal dahulu sebelum berjaya. Kedua-duanya saling melengkapi. Apa jadi kalau semua orang berjaya kerana 'luck' je. atau vice versa. Mesti dunia ni huru hara. Jadi, penting untuk kita cakap pada diri sendiri, apa sahaja yang berlaku pada diri kita setalah berusaha dan tawakkal ada sebabnya.. Dan tolong jangan condemn orang lain sebab kita pun bukannya bagus sangat kan..

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts