Bandung, sulaman dan cerita dongeng : Hari akhir
Hari 3 dan 4
Pagi hari ketiga kami pergi sekali lagi ke Pasar Baru. Hanya untuk melihat-lihat apa lagi yang boleh dibeli sebagai ole-ole untuk dibawa balik ke Malaysia. Selepas itu, kami singgah ke Restoran ayam goreng jakarta untuk makan tengahari. Sebelum itu, kami berjalan menyusuri jalan Cihampelas. Agak meriah dengan orang yang ramai. kami pergi membeli kerepek yang berasaskan tempe dan pisang. Kedai-kedai yang memaparkan figura juga amat menarik perhatian. Tapi masa dah suntuk. Selepas itu, sebahagian dari kami perlu bergegas untuk pulang.
Antara kedai di Jalan Cihampelas |
Malam itu kami hanya berehat di hotel memandangkan flight untuk pulang adalah seawal 8.30 pagi esok.
Semoga kita ketemu lagi, kota Bandung . (Next time kena pergi waktu sejuk, bulan 9 hingga 12)
Comments
Post a Comment