Bandung, sulaman dan cerita dongeng: Hari 2
Hari 2
Lupa untuk bercerita tentang satu cerita dongeng tentang Tangkuban Perahu. Ianya berkisar tentang cerita cinta Sangkuriang dan ibunya Dayang Sumbi. Sangkuriang yang merantau jauh dan akhirnya kembali ke tempat asal sudah tidak mengenali ibunya senidri yang masih cantik telah jatuh cinta. Dayang Sumbi pula apabila mengetahui yang itu puteranya, telah memberikan syarat untuk berkahwin. Dia telah menyuruh Sangkuriang untuk membuatkan satu perahu yang sangat besar. Sangkuriang telah memenuhi permintaan Dayang Sumbi. Namun Dayang Sumbi telah menolak dan membuatkan Sangkuriang marah. Dia telah menyepak perahu itu terus terlangkup menjadikan tempat itu dinamakan Tangkuban Perahu. Dayang Sumbi pula telah bertukar menjadi setangkai bunga jaksi. Sangkuriang akhirnya menghilangkan diri. The End.
Di hari kedua di Bandung , kami pergi ke Pasar Baru. Ianya sebuah bangunan setinggi lima tingkat. Masuk ke dalamnya seperti kedai di pasar payang terengganu. Satu tingkat dipenuhi dengan kain ela seperti lace, cotton . Satu tingkat lagi dipenuhi dengan telekung dan cadar. Kain batik, pelikat dan macam-macam lagi ada di pasar baru ini. Yang kami geli hati ialah ramainya yang menjual air dingin. Ianya merupakan orang yang menarik satu bekas beroda yang diisi pelbagai jenis air dan dijeritkan 'Air dingin..air dingin'. Sangat ramai sehinggakan satu persatu datang kepada kami sekeluarga. Tak sempat nak meneguk air lagi, telah datang yang lain. Kain yang bersulam dan berkerawang banyak dijual dan harga murah berbanding yang dijual di Malaysia.
Pasar Baru yang menjual pelbagai barangan dan kain |
Selepas itu, kami ke Jalan Dago dan Jalan Riau. Di sini banyak 'factory outlet'. Kami singgah di satu factory outlet yang menjual pelbagai kasut. Berhadapan dengan factory outlet itu, ada sebuah gerai makan. Ianya menjual mi bakso dan popia. Yang menariknya mi akan disediakan pada masa itu juga. Samalah juga dengan popia.
Selepas makan kami ke Ciba Duyut. Apa pula Ciba Duyut ni? Ianya nama satu daerah. Jauh juga dari bandar. Kena melalui satu jalan highway. Masuk ke kawasan ini, ada banyak rumah mewah. Rumah teres itu sudah dikira mewah. Sampai di satu tempat, banyak barangan dari kulit dijual. Kasut, beg dan jaket kulit. Banyak juga bas persiaran yang ke sini. Orang yang datang agak ramai. Mungkin kerana hujung minggu. Seperti biasa orang perseorangan ramai yang berjualan di hadapan kedai-kedai. Ada yang menjual keychain, lukisan, beg dan macam -macam lagi.
Malam itu kami makan di satu restoran namanya Ayam Goreng Jakarta. Di sini, pelbagai nasi disediakan, nasi uduk , nasi tutuq oncom, nasi liwet dan macam-macam lagi. Nasi uduk adalah nasi yang dibakar. Nasi tutuq oncom adalah nasi yang digaul dengan tempe goreng. Nasi liwet macam nasi ambeng.
Comments
Post a Comment