Be Alone Is Not The Matter
Movie/Drama reflection
Black Knight
Korean drama
20 episod
Drama ini mengisahkan dua orang yang rapat semasa zaman sekolah kerana Soo Hoo dijaga oleh ayah Hae Ra. Dengan satu kejadian yang mematahkan hati Soo Hoo, dia pergi membawa diri belajar ke USA. Apa yang dia tak tahu sejak kematian ayah, kehidupan Hae Ra sangat miskin sehingga terpaksa keluar dari rumah sewa. Sehingga pada satu hari dia teringat baju kot yang pernah ditempah semasa kecil yang tak pernah diambil dari sebuah butik. Cerita ini bermula dari saat dia berjumpa pemilik butik itu bernama Sharon untuk mengambilnya. Drama ini sarat dengan emosi dan kehidupan dua dimensi.
Drama ini memberi refleksi kepada diri saya kerana:
1. Sharon yang menjadi mangsa keadaan menjadi jahat sebab tidak memaafkan diri sendiri. Sentiasa dalam kesakitan. Kita ingat kita berdendam sebab tidak memaafkan orang lain, tetapi yang paling menyakitkan adalah tidak memaafkan diri sendiri. Tidak menerima takdir. Dirinya tidak mati dan tidak menua, menggambarkan yang selagi kita tak melepas pergi kesakitan, forever you will suffer.
2. Jadilah ibu yang meredai anak. Janganlah dibutakan hati dan diturutkan nafsu kerana takdir yang berlaku. Kesannya juga seperti berdosa forever
3. Jika sayang, ucapkanlah. Beranikan diri menyatakannya. Bukan menyimpan dan menyakitkan hati orang yang tidak berdosa.
4. Be alone is not the matter, but feel lonely is the most pain
Kata kuncinya - let go and forgive yourself
Sekian, melaporkan.
Comments
Post a Comment