3 Perkara Menarik Tentang Buku Atomic Habits
Hai Semua
Entri ini bukan untuk membincangkan atau mengulas buku Atomic Habits.
Hanya untuk bercerita tentang isi-isi yang menarik daripada buku ini.
Saya membaca dari Kindle, jadi saya sebenarnya membaca ebook. (cuba membiasakan diri membaca tanpa kertas)
Baiklah.
Isi pertama daripada buku ini yang menarik perhatian saya ialah tentang menetapkan matlamat.
Di halaman 33:
Sikap kita adalah refleksi daripada identiti kita.Apa yang kita buat adalah disebabkan apa yang kita percaya. Membuat perubahan adalah sesuatu yang sementara kerana kesan akhirnya adalah menjadi sebahagian dari diri kita.
Sebagai contoh:
~ Matlamat kita bukanlah untuk membaca buku, tetapi untuk menjadi seorang pembaca
~ Matlamat kita bukanlah untuk berlari maraton, tetapi untuk menjadi seorang pelari maraton
~ Matlamat kita bukanlah untuk belajar untuk pandai bermain alat muzik, tetapi untuk menjadi ahli muzik.
~ Matlamat kita bukanlah untuk membaca buku, tetapi untuk menjadi seorang pembaca
~ Matlamat kita bukanlah untuk berlari maraton, tetapi untuk menjadi seorang pelari maraton
~ Matlamat kita bukanlah untuk belajar untuk pandai bermain alat muzik, tetapi untuk menjadi ahli muzik.
Kita kena tetapkan apa matlamat sebenarnya!
Seterusnya,
Halaman 40 dari buku Atomic Habits:
Saya mempunyai seorang kawan yang berjaya mengurangkan berat badannya hampir 100 pound dengan bertanya pada dirinya " Apa yang dilakukan oleh seorang yang sihat?".
Sepanjang hari, dia akan mengunakan soalan yang sama sebagai panduan.
Seperti,
- Adakah seorang sihat berjalan atau menaiki grab?
- Adakah seorang yang sihat memilih burito atau salad?
- Adakah seorang sihat berjalan atau menaiki grab?
- Adakah seorang yang sihat memilih burito atau salad?
Dia menyedari yang jika dia melakukan sepertimana seorang yang sihat lakukan, dia akan menjadi seorang yang sihat juga akhirnya.
Dia betul.
Kita perlu berfikir sepertimana orang yang kita mahu jadi. Itu akan membentuk habit dan akhirnya yakin pada dirinya sendiri yang dia sudah menjadi apa yang dia mahukan.
Istiqamah pada yang sedikit menghasilkan impak yang besar.
Dia betul.
Kita perlu berfikir sepertimana orang yang kita mahu jadi. Itu akan membentuk habit dan akhirnya yakin pada dirinya sendiri yang dia sudah menjadi apa yang dia mahukan.
Istiqamah pada yang sedikit menghasilkan impak yang besar.
Di halaman 50 pula menceritakan tentang pembentukan habit:
Habit
Suatu perlakuan yang dilakukan secara auto dari minda bawah sedar.
Bagaimana ianya terjadi?
Kerana kita sering mengulang perbuatan tersebut berkali-kali.
Sama juga jika kita memberi respon kepada sesuatu perkara. Kita dah ajar otak kita untuk berfikir sedemikian tanpa sedar dengan melakukannya secara berulang.
Jadi, begitulah juga jika kita ingin membentuk satu habit yang lain, perlukan pengulangan agar otak kita secara auto akan memberi respon yang sedia ada di minda bawah separa sedar.
Contohnya,
Apabila henfon membunyikan buzzing kerana mesej baru masuk, kita berkeinginan untuk mengetahui apakah mesej tersebut. Seterusnya, kita ambil henfon untuk membaca mesej. Dan, melakukannya berkali-kali. Kita dah ajar satu bentuk habit di mana, apabila mendengar buzzing di henfon, kita akan mengambil henfon dan terus membacanya.
Sekarang,
bagaimana nak membentuk habit untuk tidak selalu melihat henfon pula?
Mungkin antaranya :
1. Tetapkan masa tertentu dalam sehari
2. Menyenaraikan 10 perkara yang boleh dilakukan selain melihat henfon
3. Disiplinkan diri untuk menyiapkan kerja tanpa ganguan
4. Cari kawan untuk interaksi secara fizikal
Buku Atomic Habits ada menceritakan tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk menjadikan sesuatu habit. Buku kategori self-help ini sesuai dibaca oleh mereka yang suka kepada pembacaan yang boleh meningkatkan kualiti hidup. Terutamanya, mereka yang bekerja dengan dunia digital.
Atomic Habits ditulis oleh James Clear, mengandungi 320 halaman, diterbitkan oleh Penguin Random House.
Boleh dapatkan dari Kindle atau Online Shop seperti MPH Online
Selamat Membaca!
Comments
Post a Comment