5 Buku Yang Semua Orang Harus Baca

Hai Semua.

Entri ini sebenarnya dari satu poster yang lalu di Facebook saya tentang buku-buku yang harus dibaca oleh semua orang bersempena Hari Buku Sedunia.


Tentunya ada banyak buku dalam dunia ini yang boleh dibaca oleh semua orang. Saya menyenaraikan buku-buku ini bukan nak cakap - mandatory kena baca. Bukan ye.

Pada saya, buku-buku ini kena dengan frekuensi pemikiran saya. Saya kongsikan kepada kalian, mungkin belum dibaca atau perlukan cadangan untuk membaca sesuatu.

Baiklah.

Ini 5 buku yang pada saya adalah buku-buku yang memberi inspirasi dalam hidup saya.

1. Strange Library

Buku yang mengandungi 90 halaman, berwarna warni ini ditulis oleh Haruki Murakami. Ceritanya disekalikan dengan ilustrasi yang cantik dan berseni. Saya sukakan buku ini sebab keseluruhan jenis tulisan dan ilustrasinya seperti bercantum, tetapi ini buku cerita. Kisah Strange Library ini seperti kisah Alice In Wonderland atau Wizard of Oz, seperti metafora yang kita perlu berfikir apa yang hendak disampaikan oleh penulis.

Antara petikan di dalam buku ini yang menarik seperti,

Dunia ini mengikut takdirnya. Setiap takdir mempunyai pemikiran tersendiri dan melalui jalannya. Begitu juga ibu kamu, dan juga Starling. Dan juga semua orang. Dunia ini mengikut ketetapannya.




2. Atomic habits

Buku yang ditulis oleh James Clear ini mengandungi 300 lebih halaman. Buku self-help ini membantu diri kita untuk membentuk sesuatu rutin atau habit. Ulasan buku ini boleh dibaca di sini : 3 perkara menarik tentang Atomic Habits . Buku ini menggariskan perincian tentang kaedah yang praktikal, step by step untuk menjadikan sesuatu rutin. Pada saya, buku ini patut dibaca oleh semua orang sebab penerangannya mudah, senang relate pada kehidupan, membantu kita menjadi tenang dan mudah fokus kepada matlamat yang ingin dicapai. Saya rasa tagline bagi keseluruhan kandungan buku ini ialah Slowly but Surely.






3. The Alchemist


Paulo Coelho menulis buku ini bukan kerana nak menjadi populis tetapi ingin menyampaikan mesej kepada orang lain, tak salah berimpian dan berusaha untuk mencapai impian kita. Buku ini adalah buku cerita. Tetapi, petikan-petikan di dalam buku ini penuh dengan kata-kata yang manis dan menusuk hati. Yang menjadikan saya suka pada buku ini, prakatanya sahaja sudah menginspirasikan.

Katanya,
Jika kita mahukan sesuatu, seluruh alam semesta akan membantu kita mendapatkannya



4. Atlas of the quran

Saya membeli buku ini semasa saya ke haramain untuk menunaikan haji. Ada satu kiosk berdekatan Masjid Nabi di Madinah dan saya membeli buku ini di sana. Buku ini adalah pemetaan lokasi setiap para nabi dan rasul kita daripada Nabi Adam sehingga Nabi Isa. Disambung pula dengan pemetaan berdasarkan sirah Nabi Muhammad SAW. Peta lokasi para nabi dan rasul itu berdasarkan ayat-ayat Al-Quran. Pada saya, buku ini harus dimiliki oleh setiap muslim kerana setiap cerita di dalam buku ini akan ditunjukkan lokasi pada peta tempat itu. Jadi, kita dapat mengetahui nama-nama tempat yang terlibat dalam sesuatu cerita tersebut. Sangat menarik dan memudahkan kita lebih memahami asal usul para nabi dan sirah nabi juga. Buku ini ditulis oleh Dr Shauqi Abu Khalil dan diterbitkan oleh Darussalam.






5. Kaum-kaum yang pupus

Buku ini adalah hadiah perkahwinan dari adik ipar saya. Sementelah saya suka membaca, mendapat hadiah buku tentulah teruja berganda. Sebagai seorang muslim kita pasti tahu kisah-kisah sejarah kaum terdahulu seperti kaum A'ad, Thamud dan lain-lain. Buku ini menarik pada saya kerana setiap kisah kaum terdahulu akan diperincikan lokasi, ayat al-quran yang menyatakan tentangnya, dan koleksi gambar kesan selepas bencana yang diturunkan oleh Allah. Segalanya benar dan kita akan insaf apabila membaca setiap kisah dalam buku ini. Buku terbitan Saba Islamic Media ini ditulis oleh Harun Yahya.


Selamat membaca dan semoga berterusan mencari inspirasi dari bacaan.




Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts