Naga dan dunia pari-pari: Hari akhir
Hari 5
Hari ni aktiviti bebas. Saya dan hubby bercadang untuk pergi ke Tsim Sha Tsui untuk cari makanan halal sebab kalau ikutkan restoran halal banyak di kawasan itu. Kami pun pergi menaiki hotel shuttle for free of charge. Setibanya di sana, saya sempat melihat dari luar sahaja butik butik mewah memonopoli kawasan itu. Cuma yang hampa restoran halal semuanya tidak buka. Mungkin kerana hari Ahad. Terus kami balik kami perlu berada di lapangan terbang antarabangsa Hong kong pada pukul 12 tengahari. Selepas check in bagasi, kami solat di airport sahaja. Selepas itu, kami semua menuju ke pintu masuk ke kapal terbang MAS airline. Penat , memang penat. Tapi itu pakej apabila pergi berjalan; pengalaman, penat dna cabaran.
Disneyland memang menggamit kenangan. Mungkin, kami pergi lagi di lain kali tapi kami akan pergi hari bekerja dan duduk di hotel sekitar Tsim Sha Tsui sahaja!
Comments
Post a Comment