Kisah Kasut Ajaib
Ini kisah kasut.
Kasut ini dibeli di Shenzhen dan kisahnya agak tragis.
(Jika pembaca sedang dalam aura happy, jangan teruskan pembacaan anda)
Pada hari kedua sampai di Hong Kong, kaki saya sudah mula terasa sakit. Bila dilihat di bahagian belakang kaki tempat bertemunya belakang kasut, kaki saya dah membengkak. ^~^
(Kasut di dalam gambar masih tidak wujud ketika ini). Lagi lama berjalan semakin sakit. Saya ambil keputusan untuk cari kasut yang lain. Saya tanyakan pada tourist guide di mana boleh dicari kedai kasut yang biasa. Dia buat toya je. Dia kata kalau singgah tak sempat nak pergi yang ada di dalam schedule.
Sebelah petang hari kedua, kami sudah ke Shenzhen. Dan saya masih memakai kasut yang lama. Apabila sampai di Shenzhen, saya tanya pada tourist guide di sana pula di mana boleh saya dapatkan kedai kasut yang biasa.Dia pun buat toya juga. (Dalam hati apa masalah dengan tourist2 guide HongKong -Shenzhen ni!!!). Encik suami minta tolong tourist guide just tunjukkan jelah di mana dan kami boleh pergi sendiri. Berkali-kali terangkan sebegitu. Dengan berat hati, tourist guide itu mahu menunjukkannya. Akhirnya , kami ke deretan kedai kecil berhampiran pasar Dongmen. Alhamdulillah, kasut ini saya beli. Bila saya sarungkannya, saya berlari-lari kecil kerana gembira. (Encik suami insist juga untuk carikan kasut lain kerana saya seperti hilang fokus sewaktu berjalan dengan kaki yang sakit).
Jadi, pengajaran dari kisah ini, jika ingin travel sila pakai kasut yang bersesuaian . (Selain daripada makanan)
Comments
Post a Comment