Kisah buku 'Bila Sena Kembali Berbunga'
Kata sifu saya, karya yang paling bagus adalah yang mengubah hidup seseorang.
Sangat benar kata sifu saya itu. Sewaktu zaman persekolahan, saya ada satu buku novel yang saya jadikan macam buku motivasi. Ini disebabkan saya ada masalah kurang keyakinan dan selalu rasa tak ada motivasi untuk belajar. Novel 'Bila sena kembali berbunga' yang ditulis oleh Amaruszati Noor Rahim benar-benar menjadikan saya akan bermotivasi untuk belajar bila saya tak ada semangat. Kisahnya berkisar tentang seorang pelajar perempuan yang tidak pandai sangat dan berguru dengan pelajar senior yang sangat pandai. Sampai satu ketika, pelajar senior itu tiba-tiba berpindah ke tempat lain meninggalkan dia terkontang kanting. Dia gagal dalam pelajaran. Dia cuba menghubungi pelajar senior itu tapi tidak ada khabar berita. Tetapi dia punya semangat yang tinggi untuk tidak mahu berputus asa. Dia cuba bangun sendiri dan belajar sendiri tanpa bimbingan sesiapa. Sehingga satu hari, dia ternampak kelibat pelajar senior itu dalam sebuah library. Dan kenangan itu kembali menerjah ke dalam kotak memorinya. Apa kisah seterusnya. Kena baca buku tu sendiri.
Terima kasih sifu kerana banyak beri tunjuk ajar.
Terima kasih penulis buku Bila Sena Kembali Berbunga kerana hasil tulisan puan telah berjaya menjadi driving force untuk saya sentiasa bermotivasi untuk belajar.
Sekarang, saya kembali belajar. Dan saya perlukan sebuah buku novel yang lain. Yang mempunyai perspektif yang lain pula. Mungkin yang berkisar tentang seorang ibu bekerjaya, komitmen kepada keluarga di samping mempunyai impian dan cita-citanya untuk mengembara mengelilingi dunia. Ada cadangan tak?
Comments
Post a Comment