Bagaimana berbicara tentang buku dengan betul



Bismillahirrahmanirrahim

Mungkin ramai yang dah tahu tentang tajuk kali ini.
Saya ingin menuliskannya untuk saya simpan di blog ini senang dibuat rujukan. Saya sebenarnya baru tahu tentang ini setelah membaca buku Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi oleh Iman Danial Hakim.

Saya tak berhasrat untuk berbicara tentang buku ini kerana tujuan utama menuliskannya di sini adalah untuk menyatakan cara bedah buku yang telah ditulis oleh beliau di dalam buku ini. Pada saya ini satu ilmu baru bagi saya.

Menurut beliau, panduan ini diperolehi dengan bertanya kepada Puan Zaharahanum, seorang editor majalah Dewan Sastera.

Langkah-langkahnya adalah:

1. Kenal pasti genre dan tajuk buku yang mahu dibincangkan

2. Sinopsis buku

3. Penulis buku

4. Sebab-sebab buku ditulis

5. Pemikiran atau gagasan yang terkandung di dalam buku tersebut

6. Debatkan pemikiran itu (setuju atau tak) dan buat perbandingan dengan buku yang mengandungi pemikiran atau idea yang hampir sama

7. Bincangkan saranan supaya buku itu boleh diperbaiki dari segi fizikalnya, rekabentuknya, harganya atau penulisan/pemikiran

Sedikit tentang keseluruhan buku ini, saya gemarkan corak susunan dan rekaletak buku ini yang agak santai tetapi masih kemas. Saya juga baru tahu yang kita boleh menulis cara begini, meletakkan gambar-gambar koleksi peribadi juga. Saya juga tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya cara untuk mendapatkan kata pengantar dari seorang penulis yang lain. Memikirkannya pun saya sudah rasa gementar.

Di bab-bab akhir buku ini adalah bedah buku-buku terpilih oleh beliau. Saya agak ianya adalah untuk mempraktikkan langkah-langkah yang telah diberikan oleh Puan Zaharahanum itu. Saya suka kerana saya dapat baca beberapa contoh sembang buku yang sepatutnya. Saya juga patut berlatih begitu.

Kesimpulannya, buku ini wajar dimiliki oleh mereka yang sukakan buku dan suka bercerita tentang buku. Ideanya, jika membawang tentang buku, membawanglah dengan ilmiah.

Aidarafan
Yang suka baca buku juga



Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts