Kekuatan impian Part 2

Impian ini ada Ruh sebenarnya.

Satu lagi impian saya adalah menjadi penulis.
Jangan gelak tau
Pada saya , saya define penulis ini adalah seseorang yang menulis untuk berkongsi ilmu yang dimiliki untuk manfaat orang lain dan sebagai memberitahu secara langsung dan tidak langsung, dunia ini bersifat sementara. Yang penting, nun di hari akhirat nanti.

Saya tak ada passion lain. Saya takde keseronokan yang lain selain menulis dan menyampaikan. Saya lupakan impian ini kerana saya tiada keberanian menghantar tulisan saya ke umum. Saya ingat bahawa menjadi penulis itu perlu dapat anugerah macam2. (Betul juga kalau tak kita merapu je).

Sehingga satu hari, anak saya menulis cerita pendek yang sedap dibaca. terus saya teringat tentang impian saya yang satu ini. Dalam keadaan sedang belajar doctorate bidang sains, boleh kah saya berusaha mencapai impian saya yang satu ini. Tanya saya pada diri.

Why not??
Saya pun tulis sebesar-besarnya di atas kertas bersaiz B5- I want to be a writer. Dituliskan juga nama pena saya.  Saya tampal di sisi meja belajar saya. hari-hari saya datang lab, saya akan pandang kertas itu.

Dan Alhamdulillah, Allah itu Maha Kaya. Saya dapat kekuatan hantar tulisan saya dan disiarkan. Saya berpeluang jumpa mentor dan memberi semangat kepada saya. Seronoknya. Alhamdulillah. Dan saya seperti ketagih menulis dan menulis. Saya tahu, ini keseronokan dan kepuasan saya. Saya dapat beritahu orang lain dan share apa yang saya tahu tanpa perlu berjumpa dengan orang. Dan saya seperti mendapat kekuatan untuk menambah ilmu.

Walaupun saya tidak menulis sehebat penulis lain, tapi saya yakin dalam diri yang Allah tak tanya berapa banyak anugerah dan title kamu dapat dengan menulis itu, tetapi berapa ramai yang terkesan dan berubah kerana tulisan kamu itu.

Jika saya perlu mengembara ke merata tempat untuk menjana idea menulis, saya sanggup mengembara. Dan saya pun memang suka mengembara!!

Doakan saya terus menulis dan berkongsi. Semoga sentiasa memberi manfaat.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts