Kekuatan impian Part 1
Saja melepaskan rindu menulis.
Teringat seketika tentang kisah perjalanan hidup saya. Rasa macam dah buat macam-macam tapi bila diingatkan kembali, apa yang saya buat untuk orang lain. Tak ada apa-apa. Saya ingin sekali menulis secara ringkas. mengimbau kembali boleh membuatkan kita balik ke asal, siapa kita dan di mana kita? Bangkitnya kita di hari kebangkitan sebagai apa?
Sejak dari sekolah rendah, saya sangat suka subjek bahasa arab sekolah agama. Menuturkannya dan mendengarkan ustazah berbahasa arab seperti mendengar orang membaca Al-Quran. Semasa darjah 3 atau 4, saya dimasukkan oleh ustazah ke pertandingan hafazan peringkat daerah antara sekolah-sekolah agama. Alhamdulillah dapat tempat ketiga. Tapi saya masuk bukan sebab nak menang, tapi kerana sukanya membaca AlQuran itu kerana ianya bahasa arab.
Allahu Akbar. Tuhan saja yang tahu betapa saya sangat sukakan.
Bila sekolah menengah saya dapat masuk sekolah agama dan Allah bagi peluang menuntut ilmu di bumi wakafan. Saya memang tak score subjek ni sebab grammar bahasa arab memang tunggang langgang. Masa saya tingkatan 2 atau 3, saya mengimpikan dapat belajar di bumi wakafan ini sebab boleh sambung ambik medic di Jordan atau Mesir. Bukan sebab tempat lain takde. Sebab saya dengar lepasan sekolah ini kebanyakannya sambung di sana. Alhamdulillah Allah bagi peluang. Seronoknya sebab dapat pinjam buku cerita bahasa arab. tengok cerita bahasa arab. Tapi bila di tingkatan 4, saya dapat tahu JPA tak nak hantar dah kalau nak sambung bidang sains di mesir atau Jordan. Kecewanya saya.
Tapi, saya telah jatuh hati mendalami bidang sains. Kebetulan kakak saudara dan kenalan saya dapat sambung belajar engineering di England, menyebabkan saya menyimpan impian ke sana pula tapi jurusan perubatan. Namun takdirnya, setelah dua tahun mengambil A-Level Engineering di bawah tajaan JPA di Shah Alam, JPA menghentikan penghantaran ke UK disebabkan kegawatan ekonomi. Kecewanya saya lagi. Tapi semasa belajar engineering saya masih refreshkan bahasa arab. Saya tak nak terlupa.
Semasa di university, saya berpeluang pergi ke mekah dan madinah mengerjakan umrah. Seronoknya saya bercakap bahasa arab di sana. Baca signboard, berborak dengan orang sana. Dengar orang lain bercakap bahasa arab. Indahnya. Sampai sekarang rindukan suasana itu. Terubat rindu untuk berbahasa arab.
Selepas itu, saya tertanya-tanya peluang untuk mendengar dan bercakap bahasa arab lagi. Untuk tidak mahu lupa, saya kadang-kadang tengok cerita arab. Dah semakin banyak yang terlupa. Sedihnya rasa.
Cuma baru-baru ini, saya tertengok cerita warkah cinta di tv-alhijrah. Lokasinya di Arab. Sesekali mereka berbual dalam bahasa arab. Rindu datang balik.
Dan saya teringat kembali betapa seronoknya berbahasa arab. Ia masih menjadi favourite bahasa ketiga saya. Semoga saya dapat mendalaminya.
Impian kadang-kadang sesuatu yg mustahil kan!
Sambung lagi dan saya akan cerita macam mana impian yang satu lagi dapat saya capai juga atas izin-Nya.

Comments
Post a Comment