e170 Wanita dan kerjaya part 3

Satu persoalan yang pernah diutarakan kepada saya :
Ramai ISTERI yang memilih menjadi suri rumah tidak berjaya mendidik anak berjaya berbanding ISTERI yang bekerja.
Hmm.
Saya tidak cari berapa pula statistik suri rumah tidak dapat melahirkan anak yang tidak berjaya berbanding yang bekerja.
Saya rasa mendapat anak yang berjaya menjadi kebanggaan semua ibu bapa. Tidak kira suri rumah atau yang bekerja. Namun, definasi berjaya juga sangat luas.
Adakah berjaya itu bermaksud menjadi seorang profesional yang dikenali ramai?
Adakah berjaya itu bermaksud menjadi seorang yang kaya raya/jutawan?
Adakah berjaya itu bermaksud menjadi pelajar yang sentiasa mendapat no satu setiap peperiksaan sekolah mahupun universiti?
Adakah berjaya itu bermaksud menjadi orang yang sangat berpengaruh?
Adakah berjaya itu bermaksud menjadi seseorang yang dapat membahagiakan ibu ayah dan orang lain dan sentiasa mendoakan ibu bapa walaupun telah meninggal dunia?
Walau apapun definasi berjaya itu perlulah di dalam ruang lingkup berakhlak mulia dan ada empati pada orang lain. Saya rasa depends dengan apa yang ibu bapa didik dalam rumah. Itu bermakna ianya bergantung pada ILMU dan cara berfikir  ibu bapa itu. Walaupun ibunya seorang suri rumah tetapi dia berilmu (mungkin degree holder or onwards) dia sudah terlatih dengan corak pemikiran ke arah sesuatu yang kompetitif dan bermatlamat. Itu yang diajar di universiti – ilmu SURVIVE. Jadi, itu jugalah yang dididik di kalangan familynya. Hasilnya, akan lahir anak-anak yang berwawasan, berdaya saing dan bermatlamat. Sikap yang perlu disemai di samping sikap-sikap itu adalah sikap empati, bekerjasama dan tidak selfish.
Jadi, tidak valid jika mengatakan seorang WANITA tidak perlu belajar tinggi kerana akhirnya masuk ke dapur juga. Saya berpendapat secara peribadi, WANITA harus menuntut ilmu setinggi yang boleh kerana ilmu itu dapat mendidik anak-anak pula. Cuma saya tidak sokong konsep berfikiran bahawa tinggi tahap sijil ilmunya, tinggilah jenis kerjaya/profesionnya.
WANITA perlu memilih kerjaya yang :
1. tidak melibatkan decision making di tempat kerjanya (senang nak cuti rehat atau EL)
2. tidak menuntut masa lebih dari masa ofis yang standard atau yang menuntut berpergian dalam masa yang lama
3. tidak melibatkan pergaulan secara fizikal dengan lelaki ajnabi
4. tidak melibatkan tenaga/fizikal yang berlebihan
5. sesuai dengan jiwanya/kemahirannya
6. memberi ruang menjaga anaknya sendiri dan tidak perlu bergantung kepada maid/nursery
7. balance dengan kerjaya suami
Haaaa….
Mungkin anda dah dapat idea apa kerjaya yang sesuai kan. Saya secara peribadi akan memilih kerjaya yang sesuai dengan jiwa saya/passion saya. Dapat menyumbang pada agama juga. Dan balance dengan kerjaya suami yang sentiasa menuntut masa di luar lebih banyak.
Next, kerjaya vs kemahiran. Agak-agak WANITA sesuai tak kerja engineer? Meh kita baca seterusnya.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts