e169 Wanita dan kerjaya part 2
Siapa kita sebagai seorang muslimah yang bekerja.
Tidak ada salah, seorang perempuan itu bekerja selagimana kerja itu tidak melanggar syariat dan terjaga maruahnya. Pada yang dah bersuami, diizinkan bekerja samada untuk membantu financial keluarga atau mungkin suami suka isteri yang mempunyai kerjaya. Walau apapun, kedudukan isteri itu tetap BUKAN yang mencari nafkah untuk sara keluarga. Dia sebagai menampung perbelanjaan. Di sini trickynya persoalan wanita yang bekerja itu. Seeloknya, kerjaya profesional yang mempunyai siri kursus/bengkel untuk meningkatkan pengalaman dan pengetahuan seseorang itu haruslah dipelopori oleh kaum LELAKI. Ini kerana selalunya kerjaya profesional menuntut pengorbanan masa yang lebih lama seperti pergi berkursus untuk tempoh tertentu dengan kerap dan kadangkala menuntut critical thinking /decision making.
Saya hanya mengupas isu WANITA yang sudah menjadi ISTERI kerana lambat laun WANITA akan berkahwin juga kan.
Jika melihat nature fizikal/sifat lelaki dan perempuan, Allah telah cipta sebaik-baik kejadian.
Memang LELAKI itu perlu cari nafkah keluarga, menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan dan keperluan asas.
Manakala WANITA pula mendidik/mengasuh anak.
Tetapi disebabkan Allah maha tahu yang LELAKI memang tidak cekap bab multitasking, Allah memberi banyak ganjaran dan pahala kepada WANITA atau isteri yang memasak makanan, mengemas rumah/tempat tinggal, membelikan/menjahit pakaian, mengajar anak-anak dan mahir menyediakan keperluan asas yang lain. (Dengan syarat LELAKI menyediakan duit untuk membeli keperluan untuk menyediakan semua itu)
Disebabkan semua tugasan ISTERI itu menuntut masa yang banyak dan menjadi tambahan kepada tugas hakikinya, di sini seorang ISTERI itu perlu bijak memilih kerjaya.
Tentu ada yang kata-tak adil lah LELAKI je yang merasa kerja yang dapat banyak duit/dapat bergaya/dapat jumpa orang ramai yang hebat-hebat/ yang kaya-kaya dan sebagainya. Perasan tak semua yang kita rasa tak adil itu semata-mata materialistic? Sebenarnya kalau LELAKI itu faham konsep dia bekerja kerana itu tanggungjawab yang paling besar dan bekerja yang dapat banyak duit, dapatlah ISTERInya bergaya sama macam dia, dapat jumpa orang-orang hebat juga dan segala materialistic yang dia mahu.
Ermm. Lagipun Allah dah kata pada ISTERI ni ada 3 perkara yang jika dia buat dia dapat masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia suka iaitu :
1. Menjaga solat lima waktu
2. Menjaga puasa di bulan Ramadhan
3. taat pada suami
Buatlah apa saja kerja yang diharuskan syariat selagi kita sebagai ISTERI dapat jaga tiga perkara itu. Kalau tak, rasa rugi pula hidup kat dunia tak dapat kumpul amal. Oh! Redha Allah, redha suami pada kita. Nak masuk syurga kan nak kena dapat redha Allah.
P/s Jangan keliru pula dengan post ini. Tidak sama ISTERI yang suri rumah semata dengan yang bekerja. Bezanya adalah kita patut pilih yang kerja atau kerjaya.
Hmmm.
So, next adalah topik hangat juga. Ramai ISTERI yang memilih menjadi suri rumah tidak berjaya mendidik anak berjaya berbanding ISTERI yang bekerja.
Comments
Post a Comment