#141 Penyu dan Puteri Ulik Mayang : Hari 2

Hari ke-2 di negeri Terengganu, saya ada temujanji dengan seorang kenalan yang dikenali melalui laman facebook. Sangat teruja untuk berjumpa lebih-lebih lagi dia pandai menulis, berpidato dan memasak beraneka jenis resepi. Yummy!
Sebelah pagi, hanya menghabiskan masa menemankan anak-anak mandi manda di swimming pool kanak-kanak. Memang best. Airnya tidak sejuk dan tidak terlalu cetek. Selesai mandi, mereka semua berehat di bilik sementara menunggu temujanji dengan kenalan itu. Bagus juga, kerana saya boleh bertanyakan sedikit sebanyak tempat-tempat makan dan tempat melawat.
Melepasi 12 tengahari, dia meng’ring’ saya untuk berjumpa di lobi. Saya pun membawa anak-anak turun dan menaiki keretanya. Itu pertama kali kami berjumpa dan saya tidak rasa kekok sangat untuk berbual. Mungkin kerana dia sangat peramah dan baik. Dia membawa kami makan berhampiran dengan hotel sebab dia mengejar masa juga. (Dahlah mencuri masa lunch dia. Terima kasih sekali lagi). Akhirnya dia membawa kami ke Kopitiam Killineys memandangkan tempat ini berhawa dingin dan sesuai untuk budak-budak kecil di kala matahari tegak di kepala. Saya memang tidak perasan akan gerai ini kerana warnanya keperangan berdepan dengan Astaka.

Akirahumaira.com
Anak saya yang kelaparan memesan makanan nasi lemak ayam rendang dan spagheti carbonara. Killineys menyenaraikan makanan tradisional melayu dan western. Otak-otak Killineys juga sangat sedap. Cuma keropok lekornya tidak seperti original. Macam yong tau fu saja. Sebelum balik, saya memesan untuk tapau otak-otak lagi untuk makan petang di bilik hotel.
Berbual-bual tentang blog yang kami ikuti sama-sama dan facebook yang kami selalu bertikam lidah. Amat seronok. Terima kasih Anggerik Rimba! Nanti kita jumpa lagi.
Sekembali ke bilik, anak-anak semua tidur keletihan.
Esok bercadang untuk ke Muzium negeri dan melewati Kg Losong yang terkenal dengan keropok Losong. Sebelum tidur malam ini, harus tanya encik Google di manakah lokasinya. Mujur ada Wifi percuma di bilik-bilik hotel.
J

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts