#139 Antara Penyu Dan Puteri Ulik Mayang : Hari 1
Ini adalah catatan yang tertangguh sebenarnya.
Walaupun, Kuala Terengganu hanya dalam Malaysia sahaja tapi saya rasa terpanggil untuk menulis untuk orang lain tahu tempat-tempat yang patut lawat di negeri ini. Peluang berada di negeri ini selama 5 hari digunakan sepenuhnya untuk meng'explore' tempat-tempat wajib.
Incik housemate telah menginap di sebuah hotel yang dikenali Primula Beach Hotel. Hotel ini adalah hotel yang telah lama dibina di persisiran pantai batu buruk. Sebetulnya, sebelum itu rakannya mengajak untuk menginap di Riyaz Heritage Resort yang cukup dikenali apabila berlangsungnya monsoon cup tapi telah penuh. (Amboi, bukan cuti sekolah pun penuh!)
Walaupun bilik-biliknya kelihatan lama sedikit tetapi satisfied. Kolam renang yang bakal menjadi tempat wajib budak-budak agak menarik dengan area kanak-kanak yang agak luas dan berlandskap cantik. Konsep taman yang bersekali dengan kolam renang mengaplikasikan konsep terbuka di mana penginap hotel boleh terus berjalan menyusuri pantai batu buruk. Kebetulan pada hari itu (hari sabtu) mungkin merupakan hujung minggu bagi penduduk negeri itu, ramai orang awam yang mengunjungi pantai tersebut. Ada pelbagai aktiviti yang wujud di situ, menaiki kuda poney, bermain layang-layang, menaiki buggy dan mungkin hanya mengambil gambar berlatarbelakangkan air laut yang membiru. Angin dari laut yang kuat memang sesuai untuk bermain layang-layang. Anak-anak dan ayahnya turut tidak ketinggalan.
Pada siangnya, kami semua pergi melawat ke pasar payang. Tidak berniat untuk membeli kain sutera batik yang menjadi menjadi signature di sini (what a waste saya pergi sini tanpa belinya kan!). Hanya window shopping. Cuma memborong kain tudung bawal 2-tone, 3-tone yang bermanik di kepala untuk adik yang mengirim. memang murah dan berbaloi. Membeli satu dua kain sebagai ole-ole untuk parents dan in-law. Tidak lupa keychain yang menjadi kegilaan anak sulung. Jika ke pasar payang, mesti singgah di food court untuk makan nasi air.
Anak yang sulung bertanya, "Nasi air? Apa tu?"
Ayahnya menjawab "Bubur letak sup" Saya hanya tersenyum. "hehehehe"
Memang betullah tu, bubur diletakkan sup. Tapi saya sangat menyukainya sebab ianya sedap dan lebih sedap dari bubur McD. :)
Pada waktu malamnya, kami hanya pergi makan malam di gerai berhampiran dengan hotel. Nasi kukusnya agak sedap.
Habis satu hari. Esok pula, nak pergi mana ye?
Terengganu map dari google image |

Comments
Post a Comment