#138 Bila kertas kerja ilmiah sudah dipublish dalam jurnal
Seorang pendidik yang memegang gelaran researcher juga, antara salah satu perkara yang wajib dilakukan adalah menulis kertas kerja penyelidikan dan menerbitkannya di dalam jurnal. Bila kertas yang ditulis berjaya diterbitkan , hati rasa berbunga-bunga. Terima kasih Allah.
Memang nampak macam syok sendiri je kan.
Sebenarnya ini cara saintis/reseacher dari satu dunia berkomunikasi tentang apa yang dikaji. Sebab tak sempat lah nak cerita panjang lebar tentang apa yang dibuat melalui chatting YM ke, fb atau twitter.
Bila hasil penyelidikan/penemuan ditulis dan diterbitkan, saintis yang lain akan membacanya dan membuat susulan yang lain pula. Jadi kita akan masuk ke dalam kelompok yang melakukan penyelidikan yang hampir serupa. Researcher/saintis sangat-sangat sibuk mengkaji-membaca-menulis kecuali saya.(hehehe). Tapi, biasalah saintis-saintis ni nama pun manusia . Bukannya malaikat kan. Mata tak nampak yang lain. Dengan menulis menerbitkan kertas kerja ni dapat apa ye? Dapat nama, pangkat, harta dan bla bla bla... Kerana orang yang menulis kertas kerja yang banyak, akan dapat naik pangkat, pastu dapat nama yang digeruni, dapat harta yang banyak sebab jadi prof, jusa-jusa.. Hakikatnya , masih berjasad manusia, bukannya transform jadi cahaya pun. Betul, inisiatif-inisiatif ini sebagai memotivasikan penyelidik untuk terbitkan seberapa banyak hasil tapi bukanlah nak suruh manusia-manusia ini buta mata hati. Sebetulnya, menjadi penyelidik memang tugas yang mulia, keberlangsungan lestari teknologi dan alam. Tapi, menjadi adil pada tempatnya bukanlah sesuatu yang mudah.
Bila saya berkesempatan untuk pergi ke satu himpunan penulis-penulis muda, saya tersenyum sendiri dalam ke'pucat'an muka kerana saya bukanlah penulis pun untuk pergi , hanya ingin mencedok sedikit ilmu penulisan daripada karyawan-karyawan dan bakal-bakal sasterawan, kerana gelanggang mengejar nama dan pangkat itu masih menjadi isu. Oh, serupa rupanya.
Tentu lebih baik kalau lebih besar namanya (dan dah tentu lebih pandai dari orang lain) dapat menyampaikan ilmu-ilmu yang sedia ada untuk orang lain yang memerlukannya juga. Bila lagi researcher-researcher ni nak buat amal kan. Tulislah dalam bahasa yang mudah dan sampaikanlah ilmu-ilmu itu pada generasi yang seterusnya. Bukan dalam lecture sahaja ye..

Congratulations kak Aida!
ReplyDeletekeep on publishing!
It's a very fruitful way to keep our motivation going :)
Thanx syamimirizal. Nice website!
ReplyDelete