Bersesak di pekan buku PBAKL 2012

Setengah hari di PBAKL 2012 bagai merentas masa kembali 10 hingga 20 tahun yang lalu.
Seingat-ingat lupa, saya pernah memborong buku Dewan Bahasa dan Pustaka semasa PBAKL.
Di antara bukunya adalah 'Hatimu Aisyah'. Antara buku yang membuka mata saya.
Melangkah masuk dewan, ternampak booth ITBM.
Ah, niat di hati ingin mencari buku 'Balada' oleh Pyanhabib.
Jadi, terus sahaja menuju ke rak. Di satu sudut ternampak kelibat seseorang.
Teringat dahulu, ayah ada bawa tengok beliau membaca puisi.
Oh! Saya senyum sahaja. Meminta beliau menandatangan bukunya dengan harapan untuk memberi ayah saya membacanya. Tentu ayah gembira.


Mata saya melirik ruang yang meletakkan sofa putih. Kosong. Wawancara sudah pun berlalu.
Saya terlihat penulis 'Kembara sastera UK & Dublin' bersama rakan-rakan beliau.
Serasa ingin menegur tapi apa yang ingin diperkatakan. Buku pun tidak dibawa kerana sudah ditandatanganinya.
Hanya melihat dari kejauhan.
Saya bergerak ke dewan yang menempatkan karangkraf pula.
Kebetulan, akan berlangsung secara 'live' , sesi bersama Sham Kamikaze.
Jadi duduk sebentar mendengarnya. Simple dan jelas kesungguhannya  untuk menerima perubahan.
Sebelum bergerak pulang, terdengar Prof Dr Muhaya menyampaikan ceramah di pentas utama.
Namun kerana masa dah suntuk, saya harus bergerak pulang.
Tak sempat untuk bersama-sama dalam majlis pelancaran buku 'Balada' .
Tak apalah.
Kerana momen hari itu pun sudah cukup indah.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts