Friction vs Ujian
Disebabkan saya sekarang sedang bergelumang dengan beratus-ratus kertas kerja jurnal-jurnal yang paling memberi impak kepada masyarakat (agaknyalah..), maka entri-entri saya akan lebih berkisar pada menulis review tentang hubungkait sains dan alami. (Hopefully lah..)
Apakah hubungkait Friction atau geseran dengan kehidupan kita. Mengikut definasi geseran adalah satu daya yang bersifat berlawanan dengan daya gerakan sesuatu objek. Secara ringkas, sesuatu objek yang bergerak ke hadapan secara bebas akan berhenti pada satu tempat di mana geseran antara objek itu dengan permukaan kawasan pergerakan telah melambatkan pergerakan dan akhirnya memberhentikannya. Contohnya, apabila kita menolak sebiji bola di atas rumput, kadar kelajuan bola itu akan semakin berkurang dan akhirnya akan berhenti tanpa dipaksa. Ini adalah disebabkan daya geseran atau Friction.
Di dalam aplikasi mesin, daya geseran ini perlu dihapuskan agar membolehkan pergerakan mesin lancar. Namun secara realiti, daya geseran ini hampir tidak boleh dihapuskan, hanya mampu dikurangkan. Jadi, banyaklah kajian-kajian yang dijalankan untuk mencari formula yang sesuai agar dapat mengurangkan daya geseran ini. Secara kasarnya, kita merasakan daya geseran ini adalah satu perkara yang 'kurang baik' kerana berfungsi seperti 'halangan' dalam mendekati sesuatu matlamat.
Tetapi, Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu hanya sia-sia. Semuanya memainkan peranan masing-masing hatta kejadian syaitan itu sendiri. Apa yang saya dapat temui dalam pembacaan dan diskusi bersama seorang rakan dalam pencarian formula pengurangan daya geseran adalah sangat menakjubkan !!. Antara kaedah yang perlu diaplikasikan adalah dengan memberi satu jumlah kadar voltage yang banyak kepada mesin itu agar ia boleh bergerak ke kiri ke kanan atau ke hadapan dan ke belakang dalam sesuatu masa. Dalam erti kata yang lain , kita memberikan sejumlah daya yang besar agar kita boleh cari kemmapuan optimum sesuatu mesin itu.
Ah! Ianya seperti ujian di dalam kehidupan kita. Untuk meningkatkan ketahanan seseorang individu itu, Allah akan memberi sejumlah ujian mengikut tahap individu itu. Macam hampir sama kan dengan cerita 'friction' di atas. Rupa-rupanya jika kita mendapat pebagai ujian, banyak atau sedikit, adalah disebabkan Allah mahu kita mencari titik optimum daya kemampuan kita di tengah-tengah segala kepayahan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dan benarlah janji Allah, setiap kesusahan akan ada kesenangan.
Selepas penemuan pertama ini, saya hanya mampu beristighfar kerana mungkin saya telah tidak redha atau tidak menerima hakikat sepanjang diuji. Sentiasalah berfikiran positif kerana aura baik itu datang dari dalam hati kita. Selamat berfikir..

Comments
Post a Comment