Dialog pagi Jumaat

Ada terdengar satu tazkirah di salah satu radio terkemuka jua, ustaz tu kata, nikmat datang sekali sekala. Oleh itu, bersyukurlah sentiasa. Jadi, terus terfikir apa definasi syukur itu sebenarnya. Tak kenal maka tak cinta kan. Kena tahu apa definasi, ciri-ciri dan kesan-kesannya. Secara kasarnya, bersyukur adalah berterima kasih . Berterima kasih kepada Allah atas semua perkara yang telah dianugerahkan kepada kita termasuklah nikmat, ujian, derita, kegembiraan dan sebagainya.

Q : Susah tak nak bersyukur itu?
A : Agak susah lebih-lebih lagi pada orang yang jarang dapat apa yang dia nak.

Q: Kenapa pula pada orang yang jarang dapat yang dia kehendakkan?
A: Contohnya, Minah A nak sangat dapat naik pangkat ke ***, tapi dah banyak kali dia mohon masih lagi tak dapat. Dalam pada itu, dia mempunyai anak2 yang bijak, comel dan seorang suami yang kewangannya dah stabil. Mungkin, sebenarnya Allah tidak memberi dia pangkat itu kerana yang lain itu telah cukup baginya.Namun minah A itu tidak nampak. yang dia nampak, kenapa Allah x makbulkan doaku untuk dapat naik pangkat. Ditambah lagi, rakan-rakan minah A menyokong penuh kenapa dia perlu naik pangkat. Sungguh, minah A itu terlupa untuk mensyukuri apa yang dia ada.

Contoh 2, seperti yang ustaz dalam radio tu kata, ada seorang minah B ni dah lama na anak. satu hari, dia diberitakan bahawa akan mendapat anak. Namun, apabila lahir anak itu, minah B selalu marah2 anak it atas sebab kenakalan dan tingkah laku. Nikamt yang diberi adalah dikurniakan anak yang sempurna, tetapi kerana berlainan perangai anak itu selalu dimarahi. Nampaknya minah B juga tidak tahu bersyukur.

Q: Apa yang perlu dilakukan supaya kita akan sentiasa ingat untuk bersyukur?
A: Pertama : Ingat Allah selalu. Allah tidak akan menzalimi hamba-hambanya melainkan diri manusia itu sendiri. Betulkan. Allah dah beri nikmat dan mencukupkan keperluan hambaNya tapi manusia itu sendiri menzalimi dirinya dengan melakukan perkara yang tak perlu.

Kedua: Selalu muhasabah diri dan maafkan semua orang sebelum tidur.

Ketiga: Redha dan selalu bersangka baik dengan Allah.

Keempat: Selau ingat, amat beruntunglah orang yang selalu bersyukur dan tunggulah azab yang pedih pada orang2 yang mengingkari nikmatNya. Nauzubillahiminzalik.

Q: Kalau kita selalu redha dan mensyukuri nikmatNya, tidak akan ada unsur2 dendam dan bersangka buruk. Dan secara tidak langsung, kita mungkin selalu dipijak kepala oleh orang lain yang suka mengejar keduniaan ini. Macam mana nak pujuk hati yang lemah ini supaya tidak terbit sifat amarah dalam diri?
A: Ingatlah bahawasanya, doa orang yang teraniaya ini sangat-sangatlah mustajab. So, JANGAN ANIAYA orang. Dan lagi, selalu lah ingat, biarlah Allah saja yang membalasnya. Mungkin juga kita ni kena ujian sebab kafarah dosa2 kita yang lalu..wallahualam.

Comments

  1. Betul tu Miss Akira. Lately diri sendiri dah mula mendapat 'pencerahan' tentang nikmat-nikmat yang Allah swt dah beri. Kasih sayang. Keluarga. Sahabat.

    Its time for me to be kinder. More grateful. More appreciative. Berbuat baik pada semua terutama orang-orang tersayang. Then I would feel content.

    Spread the love ♥♥

    ReplyDelete

Post a Comment

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts