Dialog Jumaat: Plan ahead..

(Sepatutnya post ni untuk hari Jumaat. tapi disebabkan kekangan masa, saya post hari ahad. selamat membaca!!)

Ramadhan is coming!!!

Seronoknya rasa ramadhan akan bermula tak lama lagi. Ada yang rasa tak seronok ke? :) Banyak kelebihan, kebaikan dan boleh menjadi 'turning point' pada yang mahukan perubahan. Jom 'BERSIH'kan hati dan akhlak kita pada bulan barakah ini.

Q: Apa yang bestnya bulan Ramadhan ini?
A: Antara yang paling significant adalah
      1. Jadual aturan makan kita akan berubah secara 'paksarela' kerana Allah.
      2. Diet pun akan berubah juga ; sebab akan bermula dengan makan kurma  dan air suam segelas which  is very healthy. (tetapi diet yg seterusnya mungkin tak seimbang ..hehhehe)
     3. Jadual harian juga akan berubah kerna akan bangun seawal jam 4.30 pagi atau 5.00 pagi (kerana bersahur)
     4. Orang berniaga semakin ramai (bazar ramadhan)
     5. Masjid didatangi orang yang ramai (sembahyang terawih)

Q: Kenapa kita kena bangun sahur?
A : Adalah sunat untuk bangun sahur. Waktu bersahur adalah seperti membaca quran sebanyak 50 ayat sebelum waktu imsak. Lebih kurang setengah jam sebelum. (So, bak kata ustaz, sahur pukul 1 pagi tak dapat pahala bersahur). Bersahur pun paling miminum, makan kurma dan minum segelas air. Mudahkan untuk dapat pahala.

Q: Betul ke paling bagus buka puasa dengan kurma dan air selepas itu sembahyang maghrib dulu. After solat, baru makan nasi?
A : Secara saintifiknya, perut juga perlukan beberapa fasa untuk menerima makanan. Perlu mulakan dengan susu atau air suam, buah-buahan atau paling simple kurma. Selepas beberapa minit barulah makan yang berat. Perlu juga kurangkan makannan yang terlampau pedas atau berlemak. Tetapi , bak kata ustaz, perlu menjaga hati semasa solat. Solat perlu pemikiran yang fokus. Bukannya berfikir seperti ' cepatlah habis solat, tak sabar nak makan ayam goreng" contohnya atau ' lambatnya imam ni . orang dah lapar ni' dan sebagainya. Oleh itu, bagi sesiapa yang tak boleh fokus dalam solat kalau tak makan nasi, perlu berbuka dengan lengkap dahulu tetapi tak boleh lah lambat sangat solat maghribnya.

Q: Bagaimana pula dengan solat terawih? 8 rakaat atau 20 rakaat?
A: Mana-mana pun boleh. Asalkan solat. Solat tarawih adalah solat bersenang-senangan. Tidak bolehlah dibuat secara gopoh gapah. Ataupun ekspres. Jika sudah ditutupi dengan solat witir di masjid, boleh dibuka balik untuk bersolat sunat pula tanpa perlu menutupnya dengan solat witir lagi. (mengikut kata ustaz). Minimum solat terawih adalah 8 rakaat. tidak boleh hanya 2  atau 4 atau 6 rakaat. maksimum, sebanyak mana yang terlarat.

Harapannya, semoga ramadhan kali ini dapat melatih kita pada cara hidup yang lebih sihat. Jom buat persiapan raya awal, semoga ramadhan nanti kita boleh fokus sepenuhnya dan berdoa agar ketemu dengan lailatul qadar.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts