Membentuk Perwatakan Lelaki
Hai semua.
Kali ini, saya ingin bercerita tentang kesan cara hidup seorang ibu mempengaruhi perwatakan anak lelaki.
Well, we always want a perfect man.
Mana datangnya sikap lelaki?
Tentunya didikan dan cara hidup dia yang mempengaruhi perwatakannya.
Orang yang paling rapat dengan seorang lelaki dari kecil hingga besar tentunya IBU.
Buku Strong Mother Strong Son mengupas kajian kes pelbagai latar belakang lelaki dan menghubungkan sikap mereka dengan cara didikan ibunya.
Buku setebal 576 halaman ini ditulis oleh Meg Meeker, M.D dan diterbitkan pada tahun 2020.
Antara petikan lain yang menarik perhatian saya seperti,
"Kita perlu sedar, kejayaan mungkin memberi kesan negatif terhadap diri anak-anak dan orang tersayang, seandainya kita tak berhati-hati. Contohnya, dia akan membina sikap membangga diri dan menjadikan dirinya sebagai seorang kawan yang menjengkelkan. Kita semua tahu, tiada sesiapa pun mahu berada di samping seorang anak lelaki yang mementingkan diri sendiri. "
Halaman 199
Penting untuk kita pastikan supaya kita tak sewenang-wenangnya berkata-kata dan melakukan perbuatan di hadapan anak lelaki kita. Sepanjang masa yang diluangkan bersama kita, dia berpeluang melihat semua tindakan dan percakapan kita.
Ingat, karakter kita membentuk dirinya sebagai seorang lelaki.
Jikalau dia tidak pernah melihat kita berinteraksi dengan dunia, dia tidak akan dapat meniru sikap kita."
Halaman 478
Ingat ya ibu-ibu.
Karakter anak lelaki terbentuk dari respon kita dengan sekeliling.
Buku Strong Mothers Strong Sons diakhiri dengan perenggan ini.
"Sesuatu yang misteri berlaku ketika seorang ibu melepaskan anak lelakinya pergi. Dia akan kembali sebagai seorang lelaki dewasa. Bukan sekadar seorang lelaki biasa, tetapi lelaki yang berkongsi nilai, tahu kekurangan, menerima kelemahan, dan mengambil berat tentang dirinya dengan cara yang tiada lelaki lain mampu lakukan. Dia adalah seorang anak lelaki kepada seorang perempuan itu dan perempuan itu adalah ibunya."
Halaman 546
Anakku,
Maafkan mama jika tidak respon dengan baik tentang keadaan sekeliling.
Adakalanya, hidup terlalu menguji sehingga mama terlalu jujur berkata-kata mengikut amarah.
Anakku,
Semoga dirimu membesar menjadi lelaki yang penyayang dan empati pada orang lain.
Amin
Sekian melaporkan.
Comments
Post a Comment