Bismillah...
Pada hari ini, sudah hampir 20 bulan covid19 melanda seluruh dunia. Dari tiada varian..sekarang sudah ada varian delta. Dengarnya ada pula varian lambda. Saintifik nama-namanya.
Walaupun secara sedar, pandemik ini memberi kesan kepada cara hidup kita semua seperti memakai mask apabila di tempat umum, sanitize tangan kita selepas memegang sesuatu di luar dan pelbagai lagi sop yang perlu diikut.
Perasan tak yang lebih ramai menjadi wartawan tak berlantik untuk menyampaikan sesuatu isu? Bukan saja menyampaikan, malah mengulas secara terperinci. Setiap isu seperti arus elektrik yang mengalir cepatnya. Facebook dan Twitter, keduanya memang menjadi pilihan netizen.
Pada asasnya, facebook telah banyak ditambahbaik algorithm untuk membenarkan lebih banyak jalinan sosial alam maya. Bertanya khabar, berkongsi status kehidupan terkini, berkongsi pendapat, resepi dan ahli keluarga. Founder juga telah menukar algorithm agar menghadkan perkongsian berbentuk menjual, dengan detect perkataan-perkataan yang menjurus kepada menjual dan link. (Tapi, link shoppee boleh pula... humm).
Selain facebook dan twitter, video tiktok juga semakin bercambah.
Menulis status di fb boleh menurunkan rasa stress/anxiety?
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Burke dan Kraut yang bertajuk,
"The Relationship Between Facebook Use and Well-Being Depends on Communication Type and Tie Strength"
Masih berbincang tentang hal mereka yang menulis status. Penulis menyatakan bahawa manusia fitrahnya mahu dipunyai atau belongings in society/community. Seperti berkawan, mereka bergosip tentang pelbagai perkara- keluarga, kawan-kawan, makanan dan lain-lain. Menulis status fb adalah salah satu mekanisma untuk bersosial dengan kawan-kawan. Rasa depress boleh berlaku pada pembaca status, atau scroll the news feed atau yang bukan ada close relationship.
Kajian yang kedua adalah tentang kesan memberi komen pada status yang ditulis pula. Burke et al dalam kajian mereka bertajuk
"Social Comparison and Facebook:Feedback, Positivity, and Opportunities for Comparison" menyatakan bahawa
"Expressing gratitude for specific friends improves well-being and and negative outcomes associated with social comparison are lower when people experience positive empathy and experience others’ positive emotions"
Dalam kajian ini, ada penulis menyenaraikan cadangan untuk menjadi lebih society care dan lebih empati supaya mereka yang mempunyai masalah dalam kehidupan dapat berkongsi untuk mendapatkan kembali self-belonging dalam komuniti mahupun di kalangan rakan-rakan.
Ada lagi kajian yang lain tentang social communication, social online dan kaedah sosial masa kini.
Kesimpulannya, kita boleh mulakan dari diri kita menjadi less comparing dengan kehidupan orang lain. Supaya mereka yang sudah biasa recharge energy dengan cara berjumpa dengan orang dapat memanfaatkan social communication juga.
Orang introvert memang tak ada hal. Sebab energy dari internal. like a wind turbine, introvert dapat tenaga dari bateri. Low bateri, cuma kena recharge. Tapi orang extrovert, perlukan tenaga dari 'wind'. Kalau dah less windy, mana pulak nak cari.
Jadi,
Jika kita membaca status kawan-kawan di facebook, bukan sekadar like yang kita perlu beri, tetapi berikan komen sepatah dua kata agar status itu lebih visible dan seterusnya dapat dilihat oleh ramai orang lain, boleh turut mendoakan dengan doa yang baik-baik.
Sekian, melaporkan.
Comments
Post a Comment