Seorang doktor yang merawat pesakit

Bismillahirrahmanirrahim

Siapa pernah tengok cerita k-drama Hospital Playlist?

Saya selalu tengok k-drama bukan sebab obses pelakonnya tetapi sebab jalan ceritanya. Plus arrangement lagu-lagu OST nya pun best. Contoh macam cerita Goblin, ceritanya agak perlahan dan berat tapi sebab lagu-lagu yang mewarnai cerita tu memang best lah. Sama juga dengan cerita Boys Over Flower. OST dia memang seperb.

Ok.
Berbalik kepada cerita Hospital Playlist tu, sebenarnya membuatkan saya reflect diri saya.

Ceritanya berkisar tentang kerjaya, persahabatan, dan career development. Dan saya memang suka perkara yang berkaitan dengan hospital dan doktor.

Cuma selepas tengok beberapa siri cerita ni, saya mengimbau kembali saat ibu saya tak benarkan saya enrol medic course. Sedangkan keputusan SPM saya layak untuk ambil medic. Ibu saya pernah cakap, "Mak tak nak atie gagal dalam pelajaran medic tu. Sebab arwah cik mis kan fail dalam medic sebab tangan dia menggigil bila buat prosedur"

Saya kenang kembali, bercampur-campur imej ibu saya dan cerita Hospital Playlist ni. Seorang doktor aset pentingnya adalah tangan. Betul tak? Nak buat surgeri, ambik sample darah, semua guna tangan. Doktor Strange pun bila accident tangan dia menggeletar dah tak boleh buat surgeri dah.
Dan saya teringat masa saya join volunteerism pemeriksaan kesihatan, saya belajar cara ambik blood sugar, tangan saya a bit shaking masa nak dapatkan darah yang sejemput tu.

Dan melalui cerita ini, semuanya seperti bersambung !

Allah dah kata, 'Bukan semua yang baik itu baik untuk kamu, dan semua yang tak baik pada pandangan kamu itu tak baik untuk kamu'.

Allah dah aturkan yang terbaik dah untuk saya. Patut sangat kena bersyukur sesyukurnya.
Allah bagi jugak jadi doktor walaupun falsafah je. Tapi, doktor falsafah dalam bidang Control Systems bukan semua orang ada. Nikmat yang mana kita nak dustakan?

Then, saya rasa bangkit bersemangat sebab nak jadi doktor yang merawat pesakit juga dalam bidang saya. Seorang pensyarah boleh jadi doktor juga. Ada pelajar yang perlu 'dirawat', serius tak serius. Ada yang mak ayah sungguh-sungguh minta tolong nasihatkan anaknya. Ada yang kena 'rawat' tapi tak cukup duit. Kena ada Daddy-Long-Legs macam dalam cerita Hospital Playlist. Ada yang mental sick, nak kena buat psikoterapi. Dalam pada tu kena hadap management yang orangnya ada 1001 karenah. Ada master phd student yang patutnya kena follow je kita untuk belajar juga apa yang kita bagitau pada pelajar yang lain. Hospital playlist juga ajar, kita kena ada circle of friendship yang tau kita suka makan apa, stress nak buat apa, minat benda yang sama..dan ini menjadikan kita kuat.







Saya nak jadi seorang doktor yang baik. Yang akan merawat pesakit saya sehingga sembuh.

Terima kasih Allah
Terima kasih mak ayah
Terima kasih pelajar-pelajar saya

Saya akan usaha sungguh-sungguh. Jadi pakar dalam control systems macam jadi Doktor Pakar dalam Neurology. The brain that control all body systems.

Semoga kepada yang masih mencari diri dan bakat dalam diri, akan berjumpa juga cepat atau lambat. Dan ingatlah, Allah Maha Adil.

Aidarafan
Yang suka melihat pesakit kembali tersenyum

Nota:
Hospital Playlist dibintangi oleh antaranya Yeon Seok Yoo, Jeon Mi Do, Kyung Ho Jung, Jung Sok Jo dan Dae Myung Kim
12 episodes
Diterbitkan pada tahun 2020


Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts