3 jenis dilema yang biasa dihadapi oleh pelajar PhD
Dilema terjadi apabila kedua-dua pilihan adalah baik. Tetapi
kedua-duanya mempunyai pro and cons. Kebiasaannya kita akan memilih bersesuaian
dengan keadaan kita pada masa itu. Sebelum benar-benar terjebak dengan PhD, ada
beberapa persoalan yang selalu bermain di fikiran kita. Kita bagitau 3
persoalan yang selalu jadi dilema untuk yang berfikir-fikir nak sambung
belajar.
#1 – PhD semasa
single atau family
Pengajian PhD itu sendiri memang sangat-sangat menuntut
kesabaran tahap dewa dan pengorbanan. Tetapi apa yang ingin dikorbankan
terpulang kepada diri kita.
Single (dan available)
Jika kita masih
single dan available, kita hanya ada kawan-kawan. Kita bebas membuat jadual
belajar kita. Nak stay kat lab sampai subuh atau nak makan maggi je atau nak
non-stop analysis dan menulis report di laptop atau tidur seharian. Tak ada
siapa yang marah. Kalau ada pun, mak akan pet pot tentang dah makan belum,
drive kereta malam-malam hati-hati dan lain-lain. Cuma, belajar PhD ni bukan
sepanjang masa ada idea nak tulis apa, buat eksperimen berjaya je, dapat je
idea nak buat apa seterusnya dan etc. Ada masanya memang perlukan suasana yang
berlainan, orang yang sangat care dengan kita yang akan comfortkan kita bila
kita teresak-esak nangis sebab result analysis tersalah buat pada pukul 1 pagi!
Kita mungkin perlukan orang yang pandai buat lawak walaupun hambar untuk
release tension. Ini semua orang yang single mungkin tak dapat sepenuhnya. Kalau
yang single tapi duk rumah mak ayah pula, dah tentu terikat dengan peraturan
rumah dan kebebasan untuk keluar masuk rumah.
Berkeluarga
Jika kita dah ada keluarga, samada dah ada anak atau belum,
cabarannya lain pula. Okay, sekarang kita dah ada orang yang akan comfortkan
kita pukul 1 pagi. Akan ada orang buatkan lawak bila-bila kita perlukan (atau
tak perlukan). Ada orang tolong tanyakan dah makan belum dan tiba-tiba maggi
dah siap (maggi lagi..haha). Kalau kita isteri dan ibu, lebih besar cabarannya.
Dua tangan yang kita perlukan untuk menaip di laptop atau nak highlight poin
penting dari journal paper perlu juga digunakan untuk masak, membasuh pinggan,
menyiapkan anak-anak sekolah, menyidai baju, melipat baju, mendokong baby dan
1001 perkara lagi. Eh, kan ada partner in crime? Dia bolehlah nak tolong
hari-hari tertentu. Tau, dia penat kerja ..kita pun sama penat juga. Tapi
takkan 365 hari darab 3 tahun tu dia buat semua kan? Dahlah, kita buat phd tu
pun atas keizinan dia. Mungkin ada yang cakap..kata kena berkorban.
Humm...korbankan jelah yang less effect. Family bukanlah contoh terbaik untuk
dikorbankan. Walaupun, mungkin sedikit penat tapi hari-hari kita dapat divertkan
sekejap fikiran kita dengan telatah anak-anak. Kalau yang masih berdua tu,
ciptalah sebanyak-banyaknya memori bersama macam couple tapi dah halal kan.
Antara single dan berkeluarga, kedua-duanya ada cabaran.
Dalam keadaan mana pun, PhD perlu disiapkan.
#2 – PhD part time
atau full time
Part time atau full time melibatkan kewangan dan masa.
Kedua-duanya penting dan dependable.
Part time
Masalah terbesar apabila belajar part time adalah perlawanan
dengan MASA. Memandangkan kewangan bukanlah isu yang besar. Bekerja menuntut
komitmen yang tinggi tetapi belajar PhD pun menuntut fokus dan pemiran kritikal
yang tinggi, fast reader dan analitikal. Balik kerja, otak pun dah penat dan
drain, agak mencabar nak menyegarkan mata dan bertahan pada malamnya untuk
membaca dan menulis. Dan berapa lama masa yang ada untuk tidur pula? Jadinya,
belajar PhD part time ni mungkin untuk mereka yang bekerja yang ringan-ringan
saja yang tidak memerlukan berfikir yang berat-berat. Kalau jadi engineer yang
ke hulu hilir monitoring dan meeting, mohon fikir 2-3 kali nak sambung PhD.
Master degree boleh lagi tapi PhD bukan perkara yg mudah-mudah. Kecuali Doktor
Kejuruteraan. Yang itu research project PhD memang dalam tempat kerja bukan di lab universiti. Kaedah dan
requirement pun lain.
Full time
Masa dah tak jadi masalah besar tetapi kewangan pula. Siapa
nak bayar yuran setiap semester? Siapa nak bagi duit makan bulan-bulan. Siapa
nak hulur duit travel pergi bentang paper. Dan pelbagai lagi isu yang
memerlukan duit. Seeloknya, nak kena cari sponsorship yang akan bayar yuran
pengajian. Geran penyelidikan supervisor dapat bagi duit sikit bulan-bulan. Tapi,
masa memang banyak untuk buat PhD. Nak study, analisa jurnal, tulis paper, buat
eksperimen (paling kritikal) dan jumpa supervisor. Procastination pun banyak.
#3 – Pilih supervisor
atau tajuk kajian
Ada yg tajuk kajian sangat menarik tapi bakal supervisor
pulak sangat strict. Ada yg bakal supervisor sangat baik dan best tapi tajuk
kajian pulak tak faham satu apa pun. Memang dilema sungguh!
Supervisor
Pertama sekali yg kita kena faham supervisor itu adalah
manusia juga. Ada hati dan perasaan. Cuma level empati dan simpati berbeza di
antara supervisor. Supervisor yg strict ni kebaikannya menjadikan kita sentiasa
alert dengan kerja-kerja penyelidikan. Dia akan pastikan kerja-kerja jalan
sepertimana yg dirancang. Tapi memang kena hati kental. Orang yang hati tisu
dinasihatkan jangan. Tapi kalau sukakan cabaran, dipersilakan. Manakala,
supervisor yg baik hati ni kadar empati dia tinggi. Dia tak sampai hati nak
push2 tu unlimited ni. Dia akan bagi kebebasan masa yg banyak. Tapi jika ada
masalah, dia akan welcome dan cuba membantu. Untuk mereka yg suka work independently,
sangat bagus bekerja dengan supervisor begini.
Tajuk kajian
Tajuk kajian amat berkait rapat dengan knowledge area
supervisor itu. Samada supervisor itu strict atau terlebih baik hati, tajuk
kajiannya akan sentiasa berkaitan dengan area kajian dia. Jadinya, siapa yang
mahu mendalami sesuatu bidang ilmu itu dengan lebih mendalam, carilah tajuk
kajian yang berkenan di hati. Selepas tu, bolehlah cari sedikit sebanyak
journal paper bakal supervisor itu untuk tahu dengan lebih lanjut bidang
tersebut. Ada orang dah tahu nak menjurus ke bidang ilmu yg mana sebab
pekerjaan atau interest. Tetapi jika masih tak tahu dan belum mempunyai pelan
jangka masa panjang bolehlah fikirkan untuk memilih supervisor yang bagaimana.
Comments
Post a Comment