12 common procastinations during Phd/postgraduate study


"Your first tip is to avoid procrastination"~ anonymous


Procastination is the action of delaying or postponing something.

Dalam bahasa kita perbuatan bertangguh. Semasa belajar phd, saya rasa paling banyak kes-kes procastination berbanding semasa belajar master.
Melalui pemerhatian dan perkongsian dari sahabat-sahabat saya, terdapat 12 sebab procastination ini berlaku. Ianya boleh menyebabkan kita hilang fokus dan demotivate.

Soalan yang sahabat-sahabat tanya pada saya :
Apa practice yang kita selalu buat untuk motivate balik diri kita dan untuk achieve target?

Di sini saya senaraikan procastination dan cara untuk mengatasinya

#1 - Buat kerja bukan PhD/master

  • Hadkan kepada 2-3 kerja sahaja setiap hari
  • Pilih satu hari yang kita namakan CHEAT DAY . contohnya hari Jumaat untuk kita bebas buat apa-apa kerja

#2 - Over Takut

  • Sesi coaching dengan kawan/ senior yang sama dalam tim penyelidikan
  • Cuba terima hakikat yang bukan semua benda kita tahu. Orang yang tahu semua benda hanya ALIEN

#3 - Over unnecessary STRESS

  • Senaraikan minimum 5 PERKARA YG PERLU DILAKUKAN apabila hilang mood/demotivate

#4 - Senang BLUR dan LOST

  • Letak short term target (Matlamat jangka pendek) apa yang hendak dibuat
  • Contoh: Target mingguan (weekly target)

#5 - Senang hilang fokus (masak2, main game, movie, hiking atau perkara yg tak pernah pun buat)

  • Hadkan masa supaya tidak terlalu lama masa yang digunakan untuk buat perkara-perkara lain

#6 - Overlook pada pengurusan masa

  • Tulis '5 THINGS TO DO TODAY'

#7 - Takut jumpa supervisor (butterflies in tummy menyebabkan susah nak set appointment)

  • Perlu set masa jumpa supervisor berkala seperti 2 minggu sekali (untuk tahun-tahun awal phd/master dan seminggu sekali untuk tahun akhir phd/master)
  • Tetapkan hari yang sama untuk berjumpa supaya menjadi drive untuk menyiapkan tugasan

#8 - Software atau tools yang terlibat adalah musuh utama


Contohnya seperti saya yang banyak menggunakan MATLAB untuk coding/programming menyebabkan saya tidak bukak software tu untuk melakukan eksperimen offline.
  • Mewajibkan diri untuk buka MATLAB setiap hari walaupun tak buat apa-apa pun
  • Explore software/tools yang digunakan (tengok video atau forum bagaimana menggunakan)
  • Beranikan diri untuk mencuba

#9 - Self-inferiority pada Phd/Master itu


Rasa macam diri sedang lawan pedang di dalam satu battle. Tak pasti dengan kemampuan diri dan kekuatan diri.
  • Yakin pada diri sendiri SAYA BOLEH
  • Ingat selalu yang satu kaki dah ada dalam journey ini, so kenapa tidak kita habiskannya dengan bergaya

#10 - Sentiasa fikir 'What is the contribution to Phd'


Ini memang penyakit untuk yang belajar Phd sahaja. Sebab elemen penting dalam Phd adalah perlu ada novelty dna contribution to the body of knowledge. Jadi, ianya seperti satu tekanan di dalam minda phdian.
  • Fikirkan tentang contribution tu pada awal dan akhir semester sahaja. Jangan bebankan diri sepanjang masa.

#11 - Miscomm dengan kerja-kerja Phd/Master


Ada satu masa ada banyak perkara yang perlu disiapkan dalam satu masa. Sehinggakan tidak nampak jalan keluar untuk menyelesaikannya
  • Tarik nafas dan bertenang
  • Tengok balik TO DO LIST item yang telah kita tulis

#12 - Terlalu attached dengan IT (whatsap, facebook, instagram, twitter etc)

  • Mute 1 tahun possible group yang give less impact
  • Remove social media icons dari main screen handphone
  • Senyapkan notification dari social media ke handphone
  • Jadualkan penggunaan social media ke hujung minggu sahaja atau satu masa sahaja setiap hari
 

Memetik satu kata-kata oleh Alice dalam cerita popularnya Alice In Wonderland,
Sometimes I have believed as many as Six impossible things before breakfast

Kenapa sebelum sarapan pagi? Bukan sebelum makan malam atau sebelum tidur? Sebab awal pagi adalah waktu yang baik untuk kita fikirkan perkara-perkara positif yang mahu diselesaikan pada hari itu. Bila malam adalah waktu untuk kita muhasabah apa yang kita sudah lakukan untuk satu hari.

Selamat mencuba!

p/s Welcome any comments and additional things that can be shared to others

Comments

  1. Sangat tenang baca penulisan pn.aida..semoga kita semua diberi kemudahan dan istiqamah selalu..gambate

    ReplyDelete

Post a Comment

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts