The most enjoyable moment about doing phd
Life is not a matter of milestones, but of moments
Momen terindah yang pertama sepanjang masa buat phd ialah menjadi penulis kolum ‘Fenomena’ untuk majalah Gen-Q terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Kolum fenomena membincangkan tentang perkaitan sains dan alam dengan usaha kita untuk menjadi muslim yang baik. Semasa siterima menjadi kolumnis itu, saya sedang dalam fasa literature review. Justeru, menulis perkaitan sains menjadi pemangkin untuk saya menelaah dan membuat kajian tentang konsep asas sains yang kita pernah belajar sejak dari sekolah lagi. Membuat perkaitan juga melatih saya untuk men’quote’ sumber secara tidak langsung untuk dijadikan sandaran bagi segala yang kita bincangkan. Contohnya hadis dan ayat Al-Quran yang digunakan untuk menguatkan perbincangan yang ditulis didalam kolum tersebut.
Momen terindah yang kedua ialah dapat menjejakkan kaki di bumi United Kingdom semasa menghadiri persidangan kertas kerja menggunakan kemudahan kpt beri untuk semua tajaan slab/slai. Mungkin bagi orang lain nampak biasa sahaja tetapi tidak bagi saya. Saya mengidamkan untuk belajar di UK sejak dari sekolah lagi. Selepas periksa A-level di INTEC di bawah tajaan JPA, saya adalah antara ribuan pelajar yang diserapkan masuk ke universiti swasta di Malaysia atas sebab keadaan ekonomi gawat pada tahun 1998. Kecewa tapi reda. Saya apply master di bawah tajaan slab/slai ke UK tetapi terpaksa withdraw atas sebab masalah teknikal yang berlaku. Saya apply phd ke UK juga tetapi lebih kuiranng beberapa bulan sebelum berangkat saya terpaksa withdraw juga kerana masalah family. Selepas itu saya sudah tidak menaruh harap lagi untuk ke UK setelah siri-siri kecewa itu tadi. Namun, Allah masih bagi saya ruang yang tenang untuk pergi ke sana bersama ahli keluarga saya. Seperti bermimpi dan saya hampir menitiskan air mata apabila turun di lapangan terbang Newcastle dan menghirup udara segar UK.
Momen terindah yang ketiga ialah dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang hebat dan baik. Mereka menceriakan suasana, dan saling tolong menolong semasa keadaan sukar mahupun senang. Mereka ini seperti ahli penyelamat yang Allah turunkan dari kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Saya takkan mungkin dapat membalasnya, tapi Allah ada. Dan saya sentiasa berdoa mereka diberikan kesihatan dan kehidupan yang terbaik di dunia dan akhirat.
Sampai bila-bila takkan lupa. Semoga Allah tidak menghilangkan momen-momen indah ini dari memori saya. Saya tidak mahu melupakannya.
Comments
Post a Comment