6 jenis ketakutan yang sering dihadapi dalam kehidupan

Fight your fears and you'll be in battle forever. Face your fears and you'll be free forever ~ Lucas jonkman

 Fear of rejection atau ketakutan berkaitan dengan penolakan adalah satu ketakutan yang boleh dihadapi oleh sesetengah orang. Perubahan riak wajah boleh dilihat sewaktu kita meminta tolong seseorang untuk menelefon, menjemput ke program sosial atau menyelesaikan masalah. Kebiasaannya, seseorang yang mengalami fear of rejection menghadapi masalah dengan komunikasi dan menangani sifat simpati dalam dirinya.

Berikut adalah simptom simptom biasa untuk orang yang mengalami fear of rejection.

#1- TAKUT UNTUK MENELEFON 

Ini kerana ianya sangat menakutkan apabila telefon itu tidak berjawab. Dan boleh menyebabkan lebih takut apabila perlu menelefon berkali-kali. Antara perkara yg boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ketakutan ini ialah menyediakan skrip percakapan secara ringkas yang menyatakan tentang pengenalan diri, tujuan menelefon dan checklist info/maklumbalas yang dikehendaki. Kerana kita tak nak perlu telefon sekali lagi dan ketakutan itu berulang kembali.

#2- TAKUT UNTUK MENAWARKAN PERTOLONGAN

Ini kerana ianya sangat menakutkan apabila orang tidak mahu menerima pertolongan itu. Seseorang yang mempunyai sikap ini kebiasannya memiliki sifat simpati yang tinggi. Senang untuk berasa kasihan dan ingin memberikan bantuan. Contohnya apabila berjalan dan tiba-tiba melihat seorang tua yang membawa lebihan barang. Hatinya cepat rasa kasihan dan ingin menolong. Tetapi culture orang kita selalunya akan berkata
" Takpe..okay je ni. Terima kasih.."
" Sikit je ni. takpe..."
" Tak payahlah. memang tengah tunggu orang ni.."

Penolakan seperti ini amat meruntun jiwa seseorang yang ada ketakutan ini. Sebab itu dia akan berfikir berkali-kali sebelum menawarkan bantuan. Kebiasaannya dia akan memandang lama sebelum berkata. Atau kadang-kadang dia cepat berlalu dari situ supaya dia tak perlu melihat lagi keadaan itu.
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah cuba pujuk diri sekurang-kurangnya aku telah menawarkan bantuan. Cuba untuk bersangka baik jika dia menolak dengan baik. Mungkin dalam ramai-ramai yang ditawarkan ada juga yang memang sangat-sangat memerlukan. Mujur kita tanya.

#3- TAKUT UNTUK MEMBUAT KAWAN

Ini kerana ianya sangat menyedihkan jika orang yang baru dikenali sebenarnya tidak berminat untuk berkawan dan mengenali kita. Kebiasaanya, seseorang yang mempunyai sikap ini akan menyendiri dan tidak bertegur sapa dengan orang yg tidak dikenali. Dan jika dia berjumpa dengan orang yg dia kenal, barulah dia bersuara.
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah cuba kata pada diri sendiri, menegur orang bersebelahan kita dengan soalan-soalan ringkas adalah okay. Tidak perlu meletakkan niat untuk mengenali dengan lebih dekat. Jika tidak ada mood, bawalah buku untuk dibaca atau mendengar penuh minat apa-apa yang disampaikan dalam program itu. Letak niat awal-awal sebelum datang ke program itu dengan mengatakan pada diri sendiri- aku akan berjumpa dengan orang-orang baik dalam program ini. Insyaallah, kita akan lebih ceria dan positif daripada tenggelam dalam ketakutan.

#4- TAKUT UNTUK MEMINTA PERTOLONGAN

Ini kerana ianya sangat menakutkan untuk mendengar jawapan 'Tidak', atau 'Tidak boleh' atau 'tengoklah..'. Kebiasannya mereka yang mmpunyai ketakutan ini akan sentiasa berfikir kenapa orang nak tolong dia, dan apa yang aku kena beri jika dia mahu tolong atau semua orang pun ada masalah sendiri dan sibuk untuk tolong orang lain.
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah cuba cakap pada diri sendiri, meminta tolong itu bukan satu dosa. Bukan semua benda kita boleh buat sendiri sama juga dengan orang lain. Kalau kita tak mampu balas dengan duit/benda, kita doakan yang baik-baik itu lebih baik dari seisi dunia. Kalau cukup berani, belanja dia makan dan menyatakan terima kasih kita dengan pertolongan dia. Walaupun mengajak dia makan atau memberi upah pun adalah satu bentuk ketakutan juga (refer cara mengatasi ketakutan yg lain yg disenaraikan ). Insyaallah, jika kita ucapkan terima kasih seikhlas hati kita akan tersampai dalam hati dia keikhlasan itu. Senyum.

#5- TAKUT UNTUK MENJEMPUT MAKAN/KENDURI/JAMUAN

Ini kerana ianya sangat menakutkan sama seperti no 4. Kebiasannya mereka yang mempunyai ketakutan ini akan membuat planning yang cantik untuk sesuatu jamuan/jemputan makan/kenduri. Dia dah tempah makan untuk sekian bilangan, apa yang nak dicakapkan, apa yang perlu dikemaskan, goodies bag dan etc. Jadi, memang besarlah harapan dia untuk orang menerima jemputan dia. tapi, masing-masing kekadang sudah ada perancangan lain.
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah untuk mengajak/menjemput lebih awal atau disebut pre-plan atau tentatively dengan tarikh yang dirancang. Jika bilangannya okay dan diterima, barulah membuat tempahan tempat atau tempahan makanan dan penyediaan yg lain-lain. lebih baik membuat perancangan waktu jamuan itu pada dua tarikh dan membuat survey tarikh yang paling ramai boleh dihadiri lebih2 lagi rakan-rakan baik. Kita pun akan lebih happy.

#6- TAKUT UNTUK MENYATAKAN CINTA

Ini kerana ianya meliputi ketakutan semua yang disenaraikan di atas lebih-lebih lagi no 3. Kebiasannya mereka yang mempunyai ketakutan ini akan hanya berkawan dengan semua orang. Jika jatuh cinta pun dia cuba untuk beri alasan pada diri sendiri yg orang itu tidak sesuai atau tak mungkin dapat menerima dia.
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah untuk menjadi dirinya sendiri. Tak perlu berbuat sesuatu di luar kebiasaan hanya untuk meraih perhatian orang yang dia suka. Tak semestinya perlu nyatakan cinta pada orang yg disukai. Cukup dengan jaga perasaan dia dan sentiasa ada semasa di dalam kesukaran. Sentiasa percaya jodoh Allah yg tetapkan. Jika ada jodoh, insyaallah Allah akan mudahkan jalan untuk bersamanya hingga jannah.

Perkara-perkara yang dicadangkan di atas merupakan cadangan semata-mata berdasarkan pemerhatian dan sedikit bacaan tentang sifat manusia. Boleh ditimbang tara atau mungkin boleh ditambah baik.



Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts