Akirahumaira.com is updating

Salam semua.

Ada banyak benda happen along the way dalam masa 4 tahun lebih ni.

Blog ni pun dah bersawang-sawang mintak dibersihkan. Ada banyak cerita yang perlu ditulis di dalam blog ini. Yalah. Blog Laporan cuaca seorang Akirahumaira ini blog asal. Eh! bukan blog asal blog Cikgu Humaira- tempat saya letak result, nota, tips untuk student saya. Bila dah ada whatsapp, facebook dan sistem kat uni pun dah banyak online, jadi saya tutup je blog tu.

Blog akirahumaira ni memang blog kesayangan saya
. Ruang untuk saya ceritakan travelog saya dan conteng-conteng tulis. Ada juga saya letak ulasan buku. Tapi semasa saya sambung phd, ada banyak terhenti. Saya buka blog aljazari khas untuk tulis pasal daie-daie kecil saya. bila saya terlibat dalam shaklee dan fokus utama tentang pengambilan vitamin pada kanak-kanak saya hidupkan blog aljazari dengan shaklee. Tapi sekarang ni saya nak makan sendiri saja tanpa promosikan shaklee. Tapi tak mungkin saya tutup blog tu. mungkin saya akan migratekan tulisan di aljazari ke ruang akirahumaira.com.

Saya masih sukakan dunia buku. Dan selepas beberapa kali cerpen saya di dalam antologi, saya merasakan saya perlu menghiduppkan dan berkongsi dunia buku kepada orang lain. Impian untuk buka sebuah book cafe saya mulakan secara maya dulu. Saya buka blog bookstreetnco.blogspot.com. Mulakan dengan langkah yang kecil dulu kan. Kat blog itu, saya kongsikan rak buku di Book Street & Co. Kebanyakannya buku Islamic Indie dan tarbiyah serta novel fiksyen. Untuk teens dan todler juga ada dijual di book cafe kami ini. 5-6 tahun dulu saya dah impikan book cafe ini bersekali dengan kedai kopi in cozy dining place. Sesuai untuk perjumpaan kumpulan-kumpulan kecil. Sekarang ni tumbuh macam cendawan pula kedai-kedai hipster macam ni. Takpelah..ikut arus zaman. book cafe ini saya bayangkan akan jadi mini library untuk budak-budak. Kesian kat diorang takde tempat lepak yang berilmiah. Lagi-lagi mall, indor theme park. Nak berguling-guling kat taman macam tak sesuwai dengan cuaca kat Malaysia yang panas dan jerebu ini. Kesian kat diorang. Tunggu ye auntie bukak book cafe cum mini library untuk you all!

Tiba-tiba saya hype pulak denga media sosial ni. Tak perasan umur dah gap 10 tahun dengan gen-y.
Saya ada akaun twitter, instagram, telegram dan facebook (Ya Tuhan ..banyaknya awak)

facebook: Nur Aidawaty (Aida rafan) - untuk life journal . Selfie tak reti. selit-selit jugak idea bku tengah ditukang

instagram: @aidarafan - gambar2 foodmania kat kedai-kedai hipster atau homecooking. tambah dengan memorable moment. @bookstreetnco - buku-buku di rak kedai online Book Street & Co

twitter: short note tentang #realitistudyphdlocal . Bukan senang beb ibu buat phd kat malaysia. kalau rasa buat kat oversea tu susah..kat malaysia lagilah..doubletrouble. susah belajar, manage family, extended family sukar bagi ruang dan macam-macam lagi. Sementara teringat ni saya abadikan dengan hashtag tu.

telegram: buku sedang tukang. ada idea tu saya bubuh dulu dalam tu. gambar-gambar inspirasi dan quote2 yg best. sekarang ni telegram.me/yangbenarcintasari

note: maaf sebab saya kalau taip mesti ada typo tertinggal huruf lah, mem- jadi emm- . seteress pulak dengan jari sendiri..ahakz.

nanti sambung bebel lagi.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts