Cabaran pelajar marhaen: Apa yang mendorong melakukan phd?
Selalu ditanya apa motivasi saya untuk buat phd?
Honestly, saya tak ada impian untuk buat phd. Pada saya ianya beban yang ditempah. Apa signifikan phd dalam hidup saya yang family-oriented?
Tetapi disebabkan satu perkara yang dilakukan oleh supervisor saya, ianya merubah pemikiran saya terhadap perjalanan phd saya. Daripada zero to hero.
6 bulan pertama, semangat saya takde dalam setiap langkah saya. Saya hanya datang kelas dan dapatkan ilmu dan menyiapkan assignment tanpa ada 'jiwa'. Saya submit progress report berdasarkan keputusan peperiksaan dalam kelas Research Methodology sahaja. Mujur satu kelas lagi sudah boleh transfer kredit. Tak perlu diambil. Sangat emmudahkan saya. Syukur.
Tetapi, setelah beberapa lama, yang ianya masih lagi tidak dapat menerima hakikat yang saya perlu bertungkus lumus dalam meneruskan phd ini, saya tergerak hati untuk melihat apa yang diltulis oleh supervisor terhadap saya. Bleh tengok sebab sv akan upload di portal. Saya tak harap apa-apa masa tu. Saya fikir mesti sv tulis saya not progress well atau slow atau kurang inisiatif dan sebagainya yang negatif. Sebab saya sedar memang saya tak buat apa-apa kerja yang melibatkan phd seperti cari artikel journal atau conference atau membuat homework untuk memahamkan keseluruhan projek saya nanti. NOTHING!
Nak tahu apa yang SV tulis tentang saya?
Dia tulis yang saya hardworking, progress well, inline with timeline, currently doing literature review.
Saya terkedu, sebak dan speechless.
Menitik airmata saya satu persatu. Betul ke apa yang SV saya tulis ini atau sekadar memberi satu pandangan positif kepada saya.
Walaupun sudah hampir 4 tahun berlalu, tapi memang sentiasa bermain di mata saya. Sejak dari itu, saya seperti mendapat kekuatan. Ya! Saya mahu meneruskan perjalanan ini. Saya bangkit dengan zero tapi penuh dengan keyakinan. Saya cari buku-buku tentang bagaimana memulakan phd. How to do literature review, how to get your phd. Masa tu saya tak fikir pasal boleh ke saya habiskan phd ini. Tapi saya fikir saya perlu get to learn this phd dan make it meaningful to me and other people.
Saya azam untuk belajar apa yang phd mahu saya belajar daripadanya. Saya yakin dengan diri saya yang tak pandai ni yang saya akan try my best and give return to young phdian.
Alhamdulillah.. terlalu sukar untuk mempercayai yang saya telah melaluinya dengan suka duka. Walaupun saya emmbuatnya di dalam negara, pada saya ianya sangat mencabar. Sering cabaran itu dari segi cuaca 'summer' throughout the year di Malaysia, family connection, extended family relationship, dan etc. tetapi saya mahu POSITIF.
Apa yang saya belajar pertama kali adalah bagaimana keyakinan dan pandangan psoitif seseorang dapat menaikkan keyakinan diri orang lain. Saya fikir begitulah kita sebagai parent. Elakkan daripada emmberi pandangan yang negatif ke pada anak-anak kita. Sentiasa katakan yang baik-baik walaupun dia masih belum melakukannya. Cakap dengan kuat supaya dia dengar apabila kita berborak dengan kawan-kawan atau relatives. Kerana kita tak tahu yang mana satu yang kita perkatakan tentang dia yang memberi kesan kepada jiwanya.
Insyaallah, saya akan menulis lagi suka duka sepanjang perjalanan phd saya. Niat saya supaya mereka yang sedang mencari-cari motivasi meneruskan phd atau baru saja berkeinginan untuk menyambung pelajaran phd dapat sesuatu yang signifikan dalam hidup mereka.
Apa sahaja yang kita lakukan, pastikan kerana Allah dan kita dapat memberi manfaat kepada orang lain pula

Comments
Post a Comment