Ulasan Peribadi pada Novel: Lafazkanlah Kalimah Cintamu
Buku ini ditulis oleh Siti Rosmizah. Setelah sekian lama tidak membaca novel, saya ambil masa sedikit untuk membacanya. Sedikit pengenalan tentang novel ini.
Apa yang boleh dikatakan tentang novel ini ialah ianya memang meruntun jiwa ayat-ayat yang disusun dalam buku ini. Setiap 3 helai mukasurat, mesti bergenang dan berair mata..uhuuu. Sangat tersentuh dengan kata-katanya. Dan inilah buku pertama yang saya baca sampai habis beserta deraian airmata tak habis-habis.
Novel ini menceritakan tentang kisah Tengku Aqilah yang hidupnya penuh dengan kesedihan sehinggakan telah diberikan kebahagian yg sekejapan itu masih lagi diuji kesabarannya. Secara realiti dalam kehidupan ada kebenaran bila hidup ini sentiasa diuji kerana Allah memberi ujian pada hamba-hambanya yang mampu ditanggung. Justeru, memang kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah. Namun , dia beruntung kerana ada kawan baik yang selalu memberi moral support dan juga orang gajinya sendiri yang telah dianggap seperti saudara kandung.
Secara keseluruhan, susunan plotnya yang sangat dramatik kadangkala terlampau 'meleret' mungkin boleh menyebabkan pembaca hilang tumpuan. Namun, plot ceritanya sangat menarik. Tidak rugi jika membacanya walaupun melodrama. Banyak pengajaran yang dapat dipelajari melalui novel ini. Super thumbs up pada buku ini....***
- Mengandungi 810 mukasurat (agak tebal)
- Diterbitkan oleh SR Publication
- mempunyai 85 bab
- Harga SM rm26.90 SS rm29.90
Apa yang boleh dikatakan tentang novel ini ialah ianya memang meruntun jiwa ayat-ayat yang disusun dalam buku ini. Setiap 3 helai mukasurat, mesti bergenang dan berair mata..uhuuu. Sangat tersentuh dengan kata-katanya. Dan inilah buku pertama yang saya baca sampai habis beserta deraian airmata tak habis-habis.
Novel ini menceritakan tentang kisah Tengku Aqilah yang hidupnya penuh dengan kesedihan sehinggakan telah diberikan kebahagian yg sekejapan itu masih lagi diuji kesabarannya. Secara realiti dalam kehidupan ada kebenaran bila hidup ini sentiasa diuji kerana Allah memberi ujian pada hamba-hambanya yang mampu ditanggung. Justeru, memang kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah. Namun , dia beruntung kerana ada kawan baik yang selalu memberi moral support dan juga orang gajinya sendiri yang telah dianggap seperti saudara kandung.
Secara keseluruhan, susunan plotnya yang sangat dramatik kadangkala terlampau 'meleret' mungkin boleh menyebabkan pembaca hilang tumpuan. Namun, plot ceritanya sangat menarik. Tidak rugi jika membacanya walaupun melodrama. Banyak pengajaran yang dapat dipelajari melalui novel ini. Super thumbs up pada buku ini....***
Comments
Post a Comment