Air dan larutan

Salah satu pantai di Acheh
Definasi terma dalam larutan


Larutan- Larutan adalah hasil campuran yang terbentuk apabila zat terlarut melarut dalam pelarut

Zat Terlarut- Zat Terlarut adalah bahan yang boleh melarut dalam cecair

Pelarut-Pelarut adalah cecair yang boleh melarutkan bahan

Larutan Cair- Kandungan zat terlarut yang sedikit dalam pelarut


Larutan Pekat- Kandungan zat terlarut yang banyak dalam pelarut
 
Larutan Tepu- Kandungan zat terlarut yang berlebihan dalam pelarut
 
Faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan adalah suhu pelarut, kadar kacauan dan saiz zat terlarut.

 
1) Suhu Pelarut

Semakin tinggi suhu pelarut, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi
kerana lebih banyak zat terlarut yang boleh larut pada suhu lebih tinggi


2) Kadar Kacauan

Semakin tinggi kadar kacauan, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi

kerana proses mengacau dapat mempercepatkan lagi kadar melarut

 

 3) Saiz Zat Terlarut

Semakin kecil saiz zat terlarut, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi

lebih cepat melarut kerana luas permukaan yang lebih besar


Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts