Do what you love

Salam ceria,

Kali ini nak menulis tentang kenapa kita perlu pilih BUAT APA YANG KITA SUKA LAKUKAN selagi tak langgar syariat lah kan. Sebab selalunya bila kita sudah lakukannya, rasa relieved, released dan rasa lega. Lebih dari dapat segunung emas.

Masa artikel saya terbit pertama kali di kolum yang disediakan untuk saya, saya call mak ayah saya nak belanja makan dengan hasil honorarium pertama saya. Walaupun, taklah sebanyak mana pun yang dapat tapi nak juga belanja.

Mak saya cakap kat ayah, "Hujung minggu ni akak nak belanja makan sebab ada kolum sendiri dah dalam majalah"
Ayah cakap dengan nada berseloroh " Allah. Belanja makan tu lebih daripada apa yang dia dapat untuk kolum tu" Ayah senyum. Ayah tahu saya dapat berapa. Ayah juga pengarang masa muda dulu.
Saya pun senyum je. Sebenarnya mata saya dah bergenang mendengar seloroh ayah. Bukan sebab kecil hati dengan ayah, tapi kerana satu daripada impian saya dah tercapai. Untuk ada kolum sendiri ada nama saya sebagai kolumnis. Seronoknya saya. Dan saya tahu ayah bangga dengan saya. Saya pun bangga dengan ayah saya sebab dia idola saya dari kecil lagi.



Selepas ini, saya ada lagi beberapa impian yang seterusnya untuk saya capai dan ianya semakin jelas. Alhamdulillah. Nak khabar rasa seronok tu memang macam dah grad phd dah. Saya nampak satu persatu impian dan target yang saya nak capai. Walau apapun saya tetap akan habiskan PhD saya ni dengan cemerlang juga sebab dah separuh jalan. Tentu ada sebab kenapa Allah takdirkan saya ambil phd dan jadi academician. Dunia yang dulu rasa gelap je sekarang dah makin terang benderang.

Ya Allah. Terima kasih Allah. Tak terhitung nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku.

Dulu saya berjalan ke hadapan dengan cara mengundur iaitu muka menghadap masa lalu. Tak nampak dan tak tahu apa rintangan yang datang kerana tak kisah pun dengan apa yang terbentang di hadapan. Kini, saya dah berjaya beranikan diri menghadap ke hadapan dan berjalan dengan lebih yakin. Lebih nampak rintangan di hadapan dan boleh mentally prepare untuk menghadapinya. Rupa-rupanya di hadapan saya sangat indah. Andai saya dapat mengetahuinya dari dulu lagi.

Kini, saya takkan berpaling lagi. Terlalu banyak impian saya dah menanti di perjalanan saya. Itu ganjaran kerana DO WHAT YOU LOVE.

You just have to take a little courage to be in what you want to be.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts