3 perkara penting yang perlu sentiasa ingat apabila bekerja

Jika ada yang mengikuti status FB saya, akan tahu beberapa siri status update yang diketengahkan.
Ya, ianya mungkin status sedih saya tetapi mungkin ianya juga yang selalu orang lain hadapi. Apa yang saya nak highlightkan adalah :

  • Environment kerja yang semakin dipelopori oleh golongan yang rendah etika
  • Bagaimana berhadapan dengan orang lain yang ada mentality tidak sihat dan jiwa kacau
  • Bagaimana tindakan dan respons kita yang tidak setuju dengan tindakan mereka
Mungkin, apa yang mereka lakukan adalah betul dan segala tanggapan saya adalah salah. lets agree to disagree.

Satu malam, anak saya minta saya bacakan satu buku sebelum tidur. Saya pun dengan gembira mengambil satu buku tajuk : 101 Akhlak Rasulullah. Apa yang saya dapat intipati daripada dua akhlak yang dibaca (Baru sampai akhlak kedua. Huhu) .

Kejahatan yang dibalas dengan kejahatan adalah DENDAM
Kebaikan yang dibalas dengan kebaikan adalah perkara BIASA
Kebaikan yang dibalas dengan kejahatan adalah ZALIM
Kejahatan yang dibalas dengan kebaikan adalah MULIA

Nampaknya Allah telah memberi jawapanNya.
Yang mana satu kita patut pilih. Andaikan orang yang kita menyampah itu, kita rasa macam nak pergi gigit dan cekik dia, tengking dia seperti kita membalas kejahatan dengan kejahatan. Itu sudah DENDAM. Mulia di sisi Allah ialah membalas kejahatan dengan kebaikan.
Astaghfirullalazim.

Biarlah Allah sahaja yg acknowledge perbuatan kita. We pleased Allah not pleased human!!

Daripada buku thinking big pula kata,

Di dunia ini, memang ada pihak yang mahu kita gagal, ditimpa malang dan dihukum. tetapi mereka tidak dapat menjejaskan kita jika kita mengingatkan diri kita tiga perkara: 1. Kita menang jika tidak berbalah 2. Apabila dikritik, itu tanda kita sedang berkembang 3. mereka yang mengkritik kita secara melulu mengalami masalah psikologi.kasihani mereka
 Conquer your fear, make dreams come true.

Ngee..ngee..


 

Comments

  1. Agree that we should expect less and give more. Tangan memberi lebih mulia drpd yg menerima. Ameen

    ReplyDelete

Post a Comment

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts