The hidden behind Bali
Di Uluwatu |
Uluwatu |
Ada orang kata kenapa pergi Bali, a lot of Hinduism and temple everywhere? Lebih baik pergi ke negara yang mempunyai sejarah tempat perkembangan Islam. Tapi saya memang berimpian untuk ke Bali atas beberapa factor:
- Dikatakan mempunyai pantai tercantik di dunia
- nak tengok sendiri alam semulajadi yang unik yang dikatakan terdapat di sini
- apart of religion, we should know their culture and get ibrah from them
And, definitely the view at Bali is awesome. Sebelum ke sana, saya berpendapat Bali hanya kepulauan kecil di Indonesia. Tetapi, rupanya banyak sangat tempat yang perlu dijengah. Tak dapat nak pergi kesemua tempat. Perkara yang memberi signifikasi di dalam kembara saya kali ini:
- Bau Wangi dupa is everywhere!! Sampai melekat ke baju dan tekak.
- Ada masjid besar juga dan halal food
- Ada tempat/jalan yang penuh dengan pub/bar( tapi tak sebesar di KL)
- Selamat untuk berjalan-jalan dan tak risau kena rompak, ganggu, sexual harassment dan etc even jalan kaki di jalan yang penuh bar tu!
- Hinduism di sini tak sama dengan hindu di India tapi ini adalah agama Hindu sebelum Budha dan lain-lain. Ianya juga mungkin agama hindu yang dianuti nenek moyang di Tanah melayu.
Jimbaran |
Sesiapa orang Melayu Islam yang masih kuat berpegang kepada adat dan tradisi bolehlah datang ke Bali dan lihat sendiri dan nilai diri sendiri. Nak teruskan tradisi tu ke atau tidak. :)
Ramai juga kata kat Bali apa ada. Ada mat saleh banyak berlenggeng je di pantai-pantai.
Saya pergi ke sana tak jumpa pula ramai berlenggeng tu. Semua decent saja. Rupa-rupanya, ada beberapa pantai sahaja. Saya tak pergi. Saya pergi pantai yang ombak tinggi untuk surfing je. Pantai yang untuk mandi manda boleh dapat di mana-mana di Malaysia.
Pantai Dreamland adalah salah satu pantai yang cantik dan baik untuk surfing. Ombak tinggi tu dekat je dengan gigi pantai. Bak kata orang, celah gigi je. First time tengok ombak tinggi macam tu. Selalu tengok dalam TV je cerita kartun Barbie. hehehe. Di Jimbaran juga ombaknya tinggi tapi di sini check point untuk lihat matahari terbenam sambil makan seafood. Meja makan dia semua menghadap laut. Puas hati dapat tengok sunset. Cuma kena makan cepat-cepat sebab lagi lambat makan, lagi gelap, lagi tak nampak tulang ikan!
Pantai Nusa Dua pula ada naik bot pergi pulau Penyu. Ada budak-budak, so bawaklah naik bot. Seronok juga dapat pegang penyu. Penyu besar, penyu kecil. Ada juga ular besar, burung helang, kelawar besar dan iguana. Semua, budak-budak ni pegang. Cuma masa ular, saya duduk jauh sambil terlompat-lompat kerana rasa geli. eeeiiii.
Antara tempat yang saya nak tengok sangat adalah sawah padi yang bertingkek-tingkek tu. Tegalalang. Hujan pula pada hari yang dirancang. Bestnya pak supir yang bawa kami di sana tahu jalan-jalan kampong. Puas hati dapat tengok sawah padi bertingkat sepanjang perjalanan ke Kintamani. Memang sangat puas hati.
Di Kintamani, ala-ala Cameron Highland tapi ni gunung berapi. Tak ada nampak asap. Tapi kalau tengok sekitar, Nampak beza warna tanah di sekitar Kintamani. Ada restoran halal dan musolla juga.Dingin je rasa suasana kat situ.
Turun dari situ, singgah sebentar di Bali Luwak Coffea. Ladang kopi dan luwak. Diceritakan dan demo kopi luwak tu macam mana proses penghasilannya. Ada sejarah kenapa dipanggil kopi luwak ni sebenarnya. Bukan saja-saja diorang nak ambik biji kopi dari si musang ni tau.
Hari akhir, adalah tempat yang memang wajib pergi. Tanah lot.
Ni memang signature Bali. Batu yang terhakis di tepi laut itu menjadikan tempat tu unik. (Kat Bali ni, pantang ada tempat unik je akan jadi kuil) Hujan rintik-rintik semasa sampai di situ. Lebih kurang sejam setengah dari Denpasar. Jauh sungguh. Satu lagi tempat kat Bali ni panas. Kalau tak kuat iman, memang rasa nak berkemban je. Padanlah ramai yang pakai macam tu. Hihihi.
Banyak lagi yang saya tak cerita sebenarnya. Oh ye. Untuk sesiapa yang cari panduan pak supir Muslim (hire dia dan transport sekali), kami hire Pak Supir Ben namanya. Baik dan tahu banyak jalan shortcut. Asalnya Pak yanto dari ytobalitour tapi Pak Yanto bagi pak Ben sebab dia sangat sibuk katanya. Boleh email depa ni di ytobalitour@gmail.com .
Comments
Post a Comment