e167 Wanita dan kerjaya part 1

Ramai student perempuan final year tanya pada saya, kerjaya apa yang sesuai bila dah grad nanti. Tidak kurang juga yang meminta pendapat kalau ingin sambung master.
Saya selalunya tidak memberikan pilihan, sebaliknya bertanya untuk apa bekerjaya itu.
Adakah untuk membantu ibubapa di kampung kerana berasal daripada orang susah?
Adakah untuk kepuasan diri?
Adakah untuk mencapai certain tahap intelektual?
Adakah kerana berfikiran, dah belajar tinggi mestilah bekerja?
Adakah kerana suami/bakal suami berpendapatan sederhana/rendah yang perlu dibantu/ditampung perbelanjaan rumahtangga?

Semuanya bergantung pada apa tujuan kita bekerja atau bekerjaya.
Kita kena faham konsep bekerja dan bekerjaya.
Bekerja adalah apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan yang mendapat pendapatan/gaji. Pekerjaan itu tidak terikat kepada mana-mana tingkatan/level yang perlu dipenuhi untuk diteruskan pekerjaaan. Kebiasaannya, pendapatan/gaji adalah selaras dengan usaha keras seseorang itu.
Manakala bekerjaya pula ialah apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan profesional yang mendapat pendapatan/gaji yang mempunyai tingkatan/level yang harus dipenuhi untuk meneruskan pekerjaan atau menetapkan kedudukan di dalam sebuah organisasi. Kebiasaannya, pekerjaan profesional amat berkait rapat dengan pembangunan negara dan masyarakat. Contohnya, pensyarah perlu menyambung pelajaran secara berperingkat untuk mencapai certain tahap intelektual yang perlu dipenuhi bagi menetapkan kedudukannya dalam organisasi tersebut. Contoh lain pula adalah jurutera. Perlu menjalani beberapa siri kursus/bengkel untuk menambahkan skill/pengetahuan dalam sesuatu bidang sepanjang bekerja. Begitu juga dengan doktor, lawyer, guru dan profesional yang lain.
Berbalik pada soalan yang awal tadi, kerjaya apa yang sesuai bila dah grad nanti.
PERTAMA yang anda perlu buat ialah FAHAM konsep bekerja dan bekerjaya.
KEDUA, tetapkan tujuan apa anda bekerja.
KETIGA, siapa anda selepas grad nanti- bujang untuk 5 tahun lagi/ berkahwin dalam masa terdekat.

Akan bersambung, siapa kita sebagai seorang muslimah.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts