e166 Lamanya dah tak menulis di blog ini

Salam semua,

Bila tengok balik blog, macam berhabuk-habuk tak sempat usik. Menulis apa-apa.
Sebenarnya ada banyak persoalan dan isu untuk ditulis di sini.

Sahabat pembaca blog ini tahu apa itu USRAH?

Usrah adalah tempat di mana sahabat-sahabat berkumpul santai sambil minum kopi( saya exaggerate je ni) berdiskusi masalah, atau topik. Usrah juga tempat di mana, kita muhasabah sesama kita beserta sedikit tazkirah. Dan yang paling penting adalah, usrah adalah tempat we create bonding each other atau dengan kata lain UKHUWAH. Disebabkan itu antara elemen penting dalam usrah itu adalah TAARUF. Jika selama berusrah sehingga bertahun-tahun tetapi kita tidak tahu sahabat kita suka makan apa, alahan dengan apa, minat apa, apa impian dia dan etc, itu bermakna usrah itu perlu diperelokkan lagi.

Rasa seronok dapat berfikir pelbagai modul taaruf sejak kebelakangan ini.
Setakat ini dah buat tema hobi, cita-cita semasa kecil dan good at/not good at. Later, ada banyak lagi tema yang belum di'explore' lagi.

Ada satu persoalan yang selalu bermain di fikiran saya:
Kenapa pelajar pascasiswazah yang belajar di luar negara esp UK sangat faham dan menerima konsep usrah semasa di sana, tetapi bila dah balik ke Malaysia, langsung tak kisah pun dengan aktiviti usrah di sini.

Hmm, I wonder why.

Comments

Subscribe blog saya di sini

Delivered by FeedBurner

Popular Posts